CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vokalis Kena Belasah Gara-Gara Salam Tak Cium Tangan

13-5-2025 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2141| Komen: 20|Original author: tatod

1000033251.jpg



JOHOR BAHRU – Gara-gara perselisihan faham angkara bersalam tidak mencium tangan, seorang vokalis sebuah kumpulan muzik ‘skinhead’ dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki.


Insiden kejadian itu tular di laman sosial menerusi dua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sejak beberapa jam yang lalu.


Menerusi tinjauan Kosmo! di ruangan komen hantaran berkenaan, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jalan Wadi Hana, Wadi Hana, di sini ketika satu acara persembahan muzik pada malam semalam.


Menerusi rakaman video pertama berdurasi satu minit menunjukkan beberapa lelaki keluar dari sebuah bilik pusat hiburan seperti mencari seseorang.


Tidak lama kemudian, mangsa yang memakai baju t-shirt putih berseluar pendek keluar dari bilik sebelum ke tandas.




Beberapa lelaki menarik mangsa sebelum memukul tanpa belas kasihan.



Dalam video kedua pula, beberapa lelaki berkepala botak memukul mangsa dan salah seorang daripada mereka ddipercayai mengeluarkan senjata namun dihalang rakannya.


Mangsa kemudian ditarik lagi sebelum dilihat dipukul menggunakan tong sampah.


Menerusi hantaran yang dimuat kumpulan muzik terbabit, punca insiden itu berlaku tanpa alasan jelas mengapa mangsa yang dikenali sebagai Zed dipukul.


Dakwa mereka, Zed dipukul kerana tidak mencium tangan ketika bersalaman dengan kumpulan suspek berkenaan.


Malah dakwa mereka, ketika rancak persembahan berjalan, tiba-tiba ada individu menyimbah air disyaki air kencing ke arah kumpulan muzik terbabit.


Kosmo! sedang mendapatkan berita lanjut berkaitan insiden berkenaan daripada pihak penganjur dan polis. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 11-5-2025 11:58 PM
Amalan khurafat apa korang buat ni....syirik betul
Quote acikonion 12-5-2025 12:46 AM
Takkan la sbb salam x cium tangan je... Mcm tersimpan dendam kesumat je
Quote sapeka 12-5-2025 12:57 AM
Dah kenapa?
Pelik pelik je
Quote pengecatbintang 12-5-2025 04:57 AM
X per lah..

Melayu gaduh ngan Melayu

Kalo cina ngan Melayu

Harus shehiden kasih n kotuo pomodo umngok dah bising jadikan modal politik

Porumer cari yg rasis n tunggang agama ketap gigi jer

Sbb cina x der terbabit dlm kes ni

Kalo x, terus kuar semua hasutan jahat yg mainkan api perkauman

Melayu sama Melayu pon gaduh

Macamana nak maju

Bila x maju salahkan cina

Padahal diri sendiri saling dengki dan pemalas

Cina maju sbb depa bersatu padu, x dengki sesama mereka

Quote pengecatbintang 12-5-2025 04:58 AM
Satu lagi legasi umngok

Kalo dulu

Bila melayu sama Melayu gaduh

Kat belakang

Pemimpin Melayu sakau
Quote Orenn1 12-5-2025 06:16 AM
Edited by Orenn1 at 13-5-2025 10:43 AM

Gaduh isu bodlh, geng group penyanyi band pun ada jenis kena salam cium tgn smbah rqtu mcm salam ayahanda tiga line jugak ke? betul2 perangaii melayu kg dusunn, bodoh n low class
Quote renko 12-5-2025 11:06 AM
grup babi apa
suh jela botak2 babi tu g cium kote babi
Quote Decaffeinated 12-5-2025 01:37 PM
pondan pun tak cium tangan sesama pondan.

kiss my ass lah paling kurang

Quote lightheaded67 13-5-2025 08:54 AM
umur berapa ni
skolah menengah ke
ciom ciom tgn brader
Quote TabletSusu 13-5-2025 09:46 AM
lightheaded67 replied at 13-5-2025 12:54 AM
umur berapa ni
skolah menengah ke
ciom ciom tgn brader

hahaha.. terigt kat sekolah asrama dulu2.. jumpa senior kena bagi salam
Quote lightheaded67 13-5-2025 10:39 AM
TabletSusu replied at 13-5-2025 09:46 AM
hahaha.. terigt kat sekolah asrama dulu2.. jumpa senior kena bagi salam


yela org g skolah nk blajo
deme mana nk blajo
tu kena cipta sinetron senior junior buat modai seronok dtg skolah
haha
Quote beta_carotene 13-5-2025 10:46 AM
Johor ke. Hmm
Quote lipans 13-5-2025 11:25 AM
walid mana oulak ni.
Quote IzzahF 13-5-2025 11:49 AM
negara johor leluhur
Quote gideoncross 14-5-2025 04:54 AM
Nak tnjuk samseng lh tu
Quote KirazMevsimi 14-5-2025 07:07 AM
kenapa laaaaa aniaya orang sampai cenggitu. mintak jauh
Quote sleepandream 14-5-2025 07:43 AM
mesti samseng taik kucing... ramai versus sorang... berani lah...
Quote Supersirap 14-5-2025 07:45 AM
Sungguh menjaga adab bersalaman
Quote mrcreator 14-5-2025 08:37 AM
Geng skinhead tua pukul orang muda. Orang muda kena salam cium tangan orang tua. Kira macam hierarchy la. Skinhead Johor masih berpaksikan Nazi and Malay Power. Samseng tapi bacul ramai2 pukul sorang. Jangan jadi skinhead, pegi jadi walid kalau nak orang salam cium tangan ko.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050340 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top