CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbawa balik ‘jelmaan’ rakan penunggu jeram

11-5-2025 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 769| Komen: 19

 


PETALING JAYA – Datang berempat, pulang tertukar salah seorang dengan ‘penunggu’ jeram. Itu yang dilalui seorang lelaki bersama rakan-rakannya sewaktu bercuti di kawasan air terjun di sebuah negeri di Pantai Timur.

Kisah seram itu diceritakan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Muhammad Irsyad pada ruangan komen salah satu hantaran berkaitan kawasan berhantu di negeri tersebut.

“Saya ada satu cerita di jeram, sangat seram. Mungkin dia (jelmaan menyamar rakan) tak boleh duduk situ, aku pun tegur lah ‘kau marah aku ke?’. Lagipun mana ada rumah dekat sini, kami berempat pun terus naik kereta.

“Dalam lima hingga 10 minit naik kereta nak keluar dari jeram, tiba-tiba kawan aku kata nak tidur kat jeram dan bagitahu ‘aku nak balik, aku nak balik’. Kami pun bagitahu lah, memang kita nak balik lah ni.

“Dia meracau dalam kereta. Satu kerja nak urus, asyik bagitahu ‘nak balik, nak balik’. Kawan aku pegang dia, dah panik sebab kekuatan dia ni lain macam, sangat kuat,” katanya yang memaklumkan kejadian berlaku pada 2021.


Lelaki itu berkata, mereka kemudian mencari surau berdekatan dan selesai solat maghrib, mereka meminta bantuan imam di situ.

“Imam pun pergi dekat kami, nak tahu imam cakap apa? ‘Eh, kau bawa balik benda lain. Pergi hantar balik’. Kami pun terkejut lah, benda apa kami bawa balik ni? Sudahnya, imam pergi sekali dengan kami ke jeram tu untuk hantar benda tu.

“Sampai dekat jambatan, kami tengok ada sosok tubuh orang tengah menunggu. Rupanya tu kawan kami, jadi yang dalam kereta ni? Kau orang fikir lah sendiri siapa kami bawa,” ujarnya.

Muhammad Irsyad berkata, semasa menemui rakannya yang sebenar, dia memaklumkan telah memberitahu kepada mereka mahu ke tandas terlebih dahulu.

“Dia kata masa kami turun dari tingkat dua nak ke tandas, dia perasan orang masih ramai di bawah, tapi yang peliknya tempat parking hanya ada tiga kereta sahaja.

“Masa kami berada dalam tandas untuk salin baju, kawasan saya ni tanya lah soalan ‘kenapa ramai orang tapi tak ada kereta pun’. Yang pelik lagi, kami tak dengar pun suara dia.

“Maknanya dia macam cakap seorang diri, tapi kami tak dengar pun. Selepas itu, kami terus pergi ke tempat kereta dan masa ni pertukaran berlaku. Mengikut apa yang diceritakan oleh kawan saya lah,” katanya.

Katanya, rupa-rupanya rakan tersebut ada meminta mereka untuk menunggunya terlebih dahulu kerana dia mahu ke tandas.

“Tapi kami tak dengar pun suara dia. Kawan saya masuk tandas dan jelmaan kawan saya tu ikut kami ke parking kereta. Masa masuk dalam kereta memang dia tak bercakap langsung, menunduk diam dan kami fikir mungkin dia terasa hati sebab kami tak bagi tidur dekat jeram tu,” ujarnya.

Katanya, sewaktu menemui rakan mereka, dia dalam keadaan lemah, manakala jelmaan tersebut pula keluar sendiri dari kereta kira-kira 15 minit. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-5-2025 12:01 AM
Elok baca time pukul 12am
Quote B40tastePosh 12-5-2025 12:03 AM
Takda video ke? Atau gambar?
Quote acikonion 12-5-2025 12:22 AM
Kalau TERbawa xpe. Tak sengaja. hehe... Acik gurau... Makhluk tu pun... Sape suruh menyerupai... Kan kena bawak 'lari' jauh dr rumah
Quote kotakbaju 12-5-2025 02:33 PM
Perawankota replied at 12-5-2025 12:01 AM
Elok baca time pukul 12am

Haha. Berani ye uols. Smlm sblm tdo iols maleh nk klik benang ni. Tunggu siang gini bru baca.

Dlu2 orang pesan nak pi mana2 (masuk tandas ke, masuk hutan ke) jangan pi berdua. Kena lebih dua org (3 4 5 orang) teman. Dlu masa kat kolej ke asrama ntah lupa dah, ada yg pi tandas ajak sorang kawan teman. Masa keluar tandas tgk2 'kawan' lain yg ikut. Yang dalam citer ni diorg ramai2 masuk kawasan air terjun pun kena kacau gak ek.
Quote shernazz 12-5-2025 03:45 PM
Iols kalau pantai timur tu pernah je belukar bukit..
Cantiknya sungai dia sampai iols rasa mcm nak dok je kat situ..jernih sgt...
Ni circa 2009 lah...
Mcm best je mandi2 situ
Tp tu la..ada kepala air...
Quote B40tastePosh 12-5-2025 04:11 PM
Perawankota replied at 12-5-2025 12:01 AM
Elok baca time pukul 12am

Memang kena dgn time uols baca.
Quote dua_chzy 12-5-2025 07:01 PM
Meols nak tau hapa penjelasan menda ni dari segi hukum metafizik ka hapo2 yang berkaitan dengan Sains dan alam sekitar.
Quote Firenzza 12-5-2025 08:25 PM
'Dia' menyamar jd kawan baik siap dgn baju, seluar, underwear, beg, hp bagai sebiji sejiban jugak ke? Wow hebat2
Quote vespa_oren 12-5-2025 09:22 PM
Dulu zmn muda remaja pernah lah camping kt air terjun gunung ledang sana, tapi dia punya seram tu time maghrib nk ke malam lain rasanya aku pun dh ingat2 lupa, air terjun tu pun rsa dh lebih 10tahun aku x jejak
Quote ctaz 12-5-2025 09:39 PM
MASTIKA SUNGGUH KISAHNYA
Quote syamzana 12-5-2025 11:16 PM
kotakbaju replied at 12-5-2025 02:33 PM
Haha. Berani ye uols. Smlm sblm tdo iols maleh nk klik benang ni. Tunggu siang gini bru baca.

Dl ...


u cite camni teringat 2mgu lepas i pergi glamping kat d'bilut, khemah meletop skali toilet kat luar
nak p toilet tghari pun gigih usung anak+hsbd tggu kat luar. i risau kan sorg tggu kat luar dibuatnya entiti lain menyapa jenuh
keliling hutan durian seram giler malam2 wpun terang benderang mcm ada benda je memerhati.
tatau la yg sakan p camping dlm hutan tu dahsyat betul tahap keberanian depa ni. iols suka gak menghayati keindahan alam tp bila mlm menjelma baik la dok dlm umah diam2 tgk tv
Quote borne 12-5-2025 11:31 PM
Kejadian serupa di lokasi angker Banglo Farah di Bukit Tunku:

[tiktok]7205534056027540763[/tiktok]
https://vt.tiktok.com/ZSh5TV4Vs/
Quote grouper 13-5-2025 01:07 AM
Amalkan je doa keluar rumah bila nak kemana pun sekali ngan Bismillah 5...ayat kursi pun jangan lupa.
Quote nana1001 13-5-2025 01:33 AM
haa sudah
Quote namemysoul 13-5-2025 05:34 AM
Kwsn bunian ke...nmpk ramai org tp x nmpk keta...
Quote kepompong 13-5-2025 08:15 AM
Firenzza replied at 12-5-2025 08:25 PM
'Dia' menyamar jd kawan baik siap dgn baju, seluar, underwear, beg, hp bagai sebiji sejiban jugak ke ...

Kan . Kalau i cakap merepek , org kata kita takkabur puleks
Quote supernaturalee 13-5-2025 08:31 AM
i wonder mcmn proses pertukaran antara 2 org yg 'sama' tu
kan dorg kata nmpk kwn dorg sorg2 tgh tgu kt jambatan
and then lps park tu mcmn dorg hntr kawan fake
dan ambil kawan sebenar
2-2 tu berhadapan ke
atau once nmpk kwn sbenar kt jambatan, yg fake dlm kete terus pufffff, hilang?


Quote mizzmimi 13-5-2025 08:32 AM
Macam pernah dengar cerita ni tapi versi budak uni pegi mimaland
Quote Kitty_catz 13-5-2025 08:48 AM
tu pasal masuk utan ni mulut jangan hansuang sangat mcm main poremmm

sok kena sorok, 7 tahun lagi baru jumpa jalan balik uiii

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.364828 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top