CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua hari Halim Othman cari semula suara zaman Roda Impian

11-5-2025 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 553| Komen: 10|Original author: tatod

1000032981.jpg



KUALA LUMPUR: Pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman mengakui sangat mencabar untuk mengembalikan semula suara ketika kemuncak rancangan Roda Impian 27 tahun lalu.


Namun berkat bantuan pengarah filem Keluang Man, Anwari Ashraf, hasrat itu berjaya dilakukan Halim atau  Abdul Halim bin Othman, 60, selepas berkampung dua hari di dalam studio.


“Mula-mula saya fikir  bolehkah saya bawa semula suara saya di zaman itu untuk filem Keluang Man? Namun Alhamdulillah setelah berpuluh ‘take’ akhirnya dapat juga kembalikan suara itu.


“Lama juga daripada pukul lapan pagi sampai satu pagi keesokan hari. Saya puas hati, semua ini berjaya atas tunjuk ajar pengarah. Saya berikan yang terbaik.



“Cuma Astro kena ingat, upah itu saya ‘claim’ dua hari ya,” katanya berseloroh.


Halim ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran treler rasmi, Keluang Man, baru-baru ini.




Menceritakan detik dilamar pengarah untuk menjadi sebahagian daripada filem adiwira Keluang Man, Halim terharu kerana naskhah ini bakal merakam suasana Malaysia di era 1998.


“Saya dimaklumkan oleh Anwari Ashraf ada watak saya dalam naskhah ini terutama kegemilangan Roda Impian di era 1998. Mustahil untuk saya tolak sebab watak itu tiada orang lain boleh buat.


“Saya terharu dan berbangga dengan imaginasi pengarah mahu menempatkan kenangan tentang Malaysia dalam filem adiwira kita.


“Bagus filem ini kerana akan menyatukan banyak generasi. Ketika itu meriah dengan Roda impian, radio Era dan Malaysia di ambang alaf baharu. Pengenalan ini penting terutama sekali kepada generasi Z,” katanya.


Filem Keluang Man merupakan adaptasi daripada watak animasi popular 1990-an. Turut sama memeriahkan naskhah yang bakal menemui penonton 29 Mei ini ialah Nas-T, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal dan Shweta Sekhon. -UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 11-5-2025 09:43 PM
Nmpk ada iras rosyam nor dan usop wilcha.


Quote sapeka 11-5-2025 09:46 PM
Untuk apa?
Quote acikonion 12-5-2025 01:07 AM
Seronok layan roda impian ni... Xde ke yg nk wujudkan balik program ni. Sape host yg layak? Aku belajar bnyk kosa kata dr gameshow ni
Quote BlackpingU 12-5-2025 01:50 AM
Roda impian zaman astro was the best...hadiah gempak...zaman tv3 bosan hadiah ciput
Quote sleepandream 12-5-2025 09:15 AM
BlackpingU replied at 12-5-2025 01:50 AM
Roda impian zaman astro was the best...hadiah gempak...zaman tv3 bosan hadiah ciput

tv3 tu rasanya beli/sewa program astro jugak. delay 2 minggu mcmtu dari tarikh siaran astro
Quote Prickford 12-5-2025 10:22 AM
Sampai skang aku takleh lupa lewat 90an ada minah call radio Era gitau dia suka Halim, jatuh cinta nak kawin bagai. Geli plak bila terkenangkan caller tu.
Quote L.U.S.M 12-5-2025 11:24 AM
Mustahil untuk saya tolak sebab watak itu tiada orang lain boleh buat.

Euwwww...suara ko bkn unik  mana pun smpi xde org buat!perasan betul playboy tua ni..
Btw rancangan mcm ni bkn judi ke mmg kira pertandingan?
Quote eyansss 12-5-2025 12:29 PM
L.U.S.M: Mustahil untuk saya tolak sebab watak itu tiada orang lain boleh buat.Euwwww...suara ko bkn unik  mana pun smpi xde org buat!perasan betul playboy tua ...


dia kan forever perasan terpaling…  hahaha…
Quote prince_marhaen 13-5-2025 10:10 AM
playboy tua terpaling 'bujang' hot bachelor...walhal kaki tutuh bohsia... hahaha
Quote matseh 13-5-2025 10:25 AM
Dia dan Linda merubah cara kita mendengar radio zaman tu. Dan juga kerjaya DJ radio berubah, dulu2 jadi Juruhebah radio RTM. DJ bukan shj kena pandai, ada pelajaran, suara kena baik, kena ada rupa dan mempunyai personaliti karismatik.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053643 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top