CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan main rembat je, Faradhuya happy tengok wanita hidup tanpa perlu lelaki

11-5-2025 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 359| Komen: 5|Original author: Raline

1.png


“Biar lambat asalkan selamat, biar tepat jangan main rembat”.

Seolah-olah pesanan untuk diri, penyanyi Farahdhiya mengingatkan kaum Hawa agar jangan main tangkap muat dalam memilih pasangan hidup.

Pada masa sama, Faradhiya atau nama sebenarnya Farah Dhiya Mohamed Amin, 41, meluahkan rasa senang melihat ramai wanita yang boleh menguruskan kehidupan sendiri tanpa mengharapkan susuk lelaki dalam hidup mereka.


“Pada akhirnya, jodoh itu kerja Dia, semua orang nak kahwin dan mahu yang terbaik.

“Saya sebenarnya sangat gembira melihat ramai perempuan sekarang boleh berdiri di atas kaki sendiri, bertahan tanpa mengharapkan lelaki, berdikari. Tabik,” katanya dalam aplikasi Threads.

Masih membujang, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu tidak menafikan setiap manusia memerlukan pasangan hidup untuk membimbing ke arah lebih baik.

“Tetapi tidak dapat dinafikan jauh di lubuk hati, kita semua mahu dicintai dan mempunyai ketua keluarga yang boleh membimbing kita menjadi lebih baik dari semua segi. Insya-Allah,” jelasnya.


Dua hari lalu, Farahdhiya sempat terkesan dan masih menaruh harapan tinggi untuk bertemu jodoh selepas melihat pelakon popular Indonesia iaitu Luna Maya akhirnya menamatkan zaman bujang pada usai 42 tahun. Lebih menarik perhatian bintang Sumala menikahi lelaki yang 10 tahun lebih muda daripadanya.

Farahdhiya juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan seorang penyanyi popular, namun hubungan tersebut tidak bertahan lama.


Sumber:Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 11-5-2025 04:38 PM
Yelah kan.. tak cakap macam tu, nak cakap macam mana lagi
Quote noor2 11-5-2025 06:04 PM
Dia ni x brp cantik....luna maya tu jauh cantik
Quote sharlenetexas 11-5-2025 06:12 PM
Yang tu ke abang dia?


Quote L.U.S.M 12-5-2025 06:05 PM
Haah..dua2 xkawen..dia ni cerewet gila...plus cengey..tu yang org takut
Quote ashilalat 12-5-2025 06:19 PM
Tok hattan x nak sambung balik kah? Hahaha

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063828 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top