Minggu ini, khalayak dikejutkan dengan dakwaan syarikat milik Fazura berhutang lebih RM4 juta kepada sebuah kilang pengeluar tudung.
Mana tidaknya, ketika semua masih rancak dengan gosip cinta Fattah Amin dan Amira Othman, muncul pulak cerita sebegitu. Mengucap Diva baca jumlah hutang tersebut.
Meski ramai sibuk membahaskan dan menjadi ‘terpaling’ dalam media sosial, Fazura pula kekal tenang tidak membalas dengan sebarang kenyataan atau kata-kata sinis dalam media sosial.
Dia sebaliknya rancak berkongsi dan memuat naik konten tentang kehidupan bahagia bersama anaknya, Fatima.
Memang ramai sokong tetapi dalam masa sama ada juga mempertikai tindakan Fazura bercuti ke luar negara sedangkan hutang keliling pinggang.
“Ramai yang sakit hati tengok Fazura kongsi konten bercuti sedangkan tengah berhutang jutaan ringgit.
“Tak apalah Faz, ini namanya dugaan Tuhan. Lebih baik senyap daripada membalas apa-apa, risau keruhkan lagi keadaan,” komen netizen.
Tapi Diva rasa Fazura perlu menyatakan sesuatu bagi menepis semua dakwaan tersebut sekiranya tidak benar sebab merosakkan imej dan namanya.
Lagi menakutkan apabila ada dakwaan mengatakan pihak Fazura memberi ‘cek tendang’ kepada syarikat terbabit. Risau ya baca.
Apa pun semoga kes hutang ini dapat diselesaikan dengan segera dan secara baik ya.
Sumber:Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|