CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Teruja Tengok Adik Elfira, Ezzrin Loy Bersembang Dengan Tom Cruise

11-5-2025 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 960| Komen: 12|Original author: Raline


tommm.png


Perkongsian pelakon Ezzrin Loy menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya bertemu dengan bintang terkenal Hollywood, Tom Cruise di acara perdana filem, Mission: Impossible-The Final Reckoning.

Menerusi video dikongsikan, Ezzrin dilihat sempat berbual dengan Tom serta memberitahu tidak dapat tidur memikirkan akan bertemu dengan pelakon itu.


“Saya rasa bertuah dapat bertemu awak dan saya salah seorang peminat tegar Tom Cruise. Saya sampai tak boleh tidur tadi malam sebab berfikir bagaimana nak jumpa awak nanti, sebab awak begitu hebat dan istimewa.

“Saya secara jujurnya sangat mengagumi kamu dalam semua filem antaranya Top Gun dan Mission Impossible. Terima kasih untuk segala jasa yang awak dah buat untuk industri,” katanya.

Mendengarkan apa yang diperkatakan oleh Ezzrin itu, Tom turut mengucapkan terima kasih serta kehadirannya itu di acara itu cukup bermakna.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat pelakon itu bersembang lama dengan bintang Hollywood itu serta menyifatkan ianya momen istimewa.

t645-590x1594.png

Sementara itu, ramai yang memuji Ezzrin dilihat yakin ketika berborak dengan Tom Cruise serta mengatakan jika mereka berada di tempat tersebut pasti akan kelu dan gugup.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ^CUN_GILA~. 10-5-2025 11:09 PM
IMG_20250510_230846.jpg
Quote jihyomelly 10-5-2025 11:12 PM
sorry iols tetap berbangga dgn sofyank..
Quote exclusive_vvip 10-5-2025 11:13 PM
I penah baca kat manatah..ada sorang matsaleh ni keje kru produksi..dia kata tom cruise behave perangainya..pastu dia citer lagi, bruce willis yg diva & rude ke apatah word mamat tu guna..dia kata orang mesti tak sangka yg tom cruise lagi elok perangai dari bruce willis..
Quote Revo2k17 11-5-2025 01:00 AM
Kenapa rambut dia macam tu
Quote LadyCarefree 11-5-2025 01:30 AM
dia jumpa dan bagi monolog puja tom cruise. Mana ada sembang atau borak.
Quote pisanggoreng 11-5-2025 01:43 AM
tom-cruises-face-change-appearance-in-super-bowl-2025-ad-fb9.png
Quote mirandanicky1 11-5-2025 12:25 PM
LadyCarefree replied at 11-5-2025 01:30 AM
dia jumpa dan bagi monolog puja tom cruise. Mana ada sembang atau borak.

Setuju. I tgk cakap tak relaks cam menghafal skrip dan ayat2 yg mmg dah praktis awal2 dah. Tp on positive side okaylah dia bckp takde nk mgada guna slang2 bagai and maybe he tried to calm himself juga tom cruise kot depan mata. Star struck abis.
Quote gideoncross 13-5-2025 02:29 AM
Jgn ko join Scientology dh lh, TC ni pun buknnya suci sngt
Quote amyfaha 13-5-2025 03:19 AM
Tiberrrrer claim actor dari malaysia. Ko kape ezrin? Ko da c berlakon sejak balighhhhh.....
Quote cmf_jeangrey 13-5-2025 03:44 AM
Iols only teruja kalau jumpa Tom zaman muda



Quote shernazz 13-5-2025 07:36 AM
Iols suka tengok tom masa cite mission impossible yang ke 2 tu je..hensem.sgt
Lepas2 tu tak berapa dah


Iols tengok sebab hensem je lahhh
Hahahah
Quote akies 13-5-2025 08:49 AM
Adik elfira ni kecik je sebenarnya.
Rendah mcm budak2 sekolah kalau tgk depan2

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.215834 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top