CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat tempur Pakistan musnahkan sistem peluru berpandu paling canggih India

11-5-2025 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 297| Komen: 0|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-10 231645.png


ISLAMABAD– [DIKEMAS KINI] Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India, dalam satu serangan udara pada Sabtu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Pakistan, lapor Xinhua.

Serangan tersebut dilaksanakan menggunakan peluru berpandu hipersonik yang dilancarkan dari platform pesawat JF-17, dengan sasaran berpandu tepat yang berjaya menyahkan sistem pertahanan udara canggih itu, kata Inter-Services Public Relations (ISPR), sayap tentera Pakistan, dalam kenyataan tersebut.

Sistem S-400, yang dianggarkan bernilai sekitar ASD1.5 bilion (RM6.96 bilion), dianggap sebagai salah satu sistem peluru berpandu paling canggih milik India, tambah kenyataan itu.

Penganalisis tentera memberitahu Xinhua bahawa kejayaan memusnahkan S-400 ini berpotensi memberi kesan besar terhadap kedudukan pertahanan udara India di rantau ini.

Serangan ini merupakan sebahagian daripada operasi ketenteraan besar Pakistan, "Bunyanun Marsoos", yang dilancarkan sebagai tindak balas kepada provokasi berterusan India, dan bertujuan untuk menyasarkan pelbagai pemasangan ketenteraan bernilai tinggi di seluruh India, menurut ISPR. -Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069540 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top