CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Macam berlakon filem kung fu' - Rifdean

11-5-2025 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 366| Komen: 5|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-10 233125.png


Kuala Lumpur: "Aku pun belum boleh 'move on'... dia makan tapak kaki!" Itu ungkapan paling 'padu' petarung sensasi negara, Rifdean Masdor, selepas melakar kemenangan penuh bergaya dalam aksi ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok semalam.

Tanpa perlu menunggu lama, petarung berusia 22 tahun itu hanya memerlukan 47 saat untuk 'mematikan' cabaran petarung Laos, Nongbia LaoLaneXang dalam saingan Friday Fights 107 menerusi kemenangan technical knockout (TKO).

Lebih mengujakan, Rifdean mengakui aksi 'terbang' yang dilakukan adalah sesuatu yang tidak pernah dicubanya sebelum ini sepanjang bergelar petarung.

"Saya buat 'fly kick'... dia makan tapak kaki saya! Ini kali pertama saya buat aksi begitu sejak kecil berlatih muay thai. Rasa macam tengah berlakon filem kung fu," katanya.


Rifdean yang semakin menyerlah di pentas antarabangsa berkata, kejayaan itu adalah satu permulaan dan dia enggan terlalu leka.

"Alhamdulillah syukur, tapi perjuangan belum habis. Ini baru permulaan. Saya harap rakyat Malaysia terus beri semangat," katanya.

Mengulas ketiadaan bonus kemenangan, Rifdean tenang menjawab bahawa mungkin belum tiba rezekinya.

"Ramai tanya kenapa saya tak dapat bonus. Saya pun tak tahu... mungkin belum rezeki atau tunggu kontrak baharu. Apa pun, janji saya menang dan buat yang terbaik," katanya.

Kemenangan itu adalah yang ketiga daripada empat penampilan Rifdean di pentas ONE Championship dan sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai bintang baharu muay thai negara yang patut diberi perhatian.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 11-5-2025 08:58 AM
Takut acik kena tumbuk dan belasah
Quote Buritan 11-5-2025 11:29 AM
Cukur le bulu tiak.. bulu punai mesti tak cuko jgk ni..
Quote kotakbaju 11-5-2025 03:10 PM
Buritan replied at 11-5-2025 11:29 AM
Cukur le bulu tiak.. bulu punai mesti tak cuko jgk ni..

Nohh komen acik buat iols scroll atas balik tgk. nampak je mata acik ye
Quote B40tastePosh 11-5-2025 03:14 PM
Buritan replied at 11-5-2025 11:29 AM
Cukur le bulu tiak.. bulu punai mesti tak cuko jgk ni..


Biar la tak cukur..acik vote tak cukur
Quote B40tastePosh 11-5-2025 03:16 PM
Orang Sarawak lettew

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.040493 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top