CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amirudin sah bertanding pertahan jawatan Naib Presiden PKR

10-5-2025 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 211| Komen: 4

 


Shah Alam: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR bagi sesi 2025-2028.

Amirudin dalam kenyataan berkata matlamat utama pemilihan kali ini adalah untuk membentuk suatu pasukan yang berkeupayaan melaksanakan cita-cita Reformasi serta berkhidmat dan bekerja mendokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal kedua.

"Menginsafi matlamat serta agenda ini, saya menawarkan diri bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR bagi tahun 2025 - 2028.

"Hasrat ini juga sejajar dengan prinsip untuk memperkukuh PKR sebagai parti politik unggul, paksi Reformasi dan teras Kerajaan Perpaduan.

"Dengan tema kempen 'Reformasi Cita Bangsa', saya membawa gagasan yang sejajar tema 'Bersama Membina Parti Kita' oleh calon Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar," katanya hari ini.


Amirudin berkata, pihaknya ingin memperligat gerak jentera serta merapatkan saf anggota PKR disamping memperkuat hubungan bersama parti komponen kerajaan Perpaduan bagi menyusun langkah memenangi Pilihan Raya Umum ke-16.

"Insya-Allah dalam tempoh kempen ini saya akan mengulas dan membentangkan gagasan Reformasi Cita Bangsa ini kepada seluruh anggota PKR.

"Dengan penuh rendah hati, saya memohon sokongan dan dukungan anggota dalam perjuangan ini," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 11-5-2025 09:34 AM
Apa beza naib dgn timbalan?
Quote Purestteam1 11-5-2025 10:55 AM
nyanyi/joget je la... ramai view...haha
Quote sapeka 11-5-2025 11:13 AM
Ok
Banyak nya jawatan
Quote silance 11-5-2025 11:24 AM
Sapa pirintah pun kita tada kisah. Kita niaga hari-hari wuntung juga.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.041968 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top