CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesanan terakhir arwah Abang Rock - "Pada orang muda, berhentilah hisap vape. Yang ada, masih ada peluang lagi"

10-5-2025 11:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1385| Komen: 23

 

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 44 tahun yang mengalami komplikasi jantung serius selepas bertahun-tahun menghisap vape sempat merakam mesej menyayat hati menyeru orang ramai berhenti daripada tabiat itu, hanya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia pada 7 Mei lalu.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok @radzirockrider, pesara tentera udara itu, yang dikenali sebagai 'Abang Rock', atau nama sebenarnya, Mohd Radzi Mustaffa, berkongsi bagaimana tekanan kerja membawanya kepada amalan menghisap vape, sehingga jantungnya hanya berfungsi pada kadar tiga peratus.

"Dua minggu lalu (sebelum rakaman video dibuat, 28 April lalu), Abang Rock dimasukkan di wad ni disebabkan apa? Jantung… jantung lemah. Dia (jantung) dah lemah. (Fungsi) jantung tinggal tiga peratus sahaja untuk hidup. So (Jadi), tiga peratus untuk hidup. Ah, cuma tinggal kata-kata wasiat saja," kata Abang Rock sambil batuk dan kelihatan lemah dalam rakaman video itu.


Beliau turut menunjukkan beg saliran perubatan berisi cecair kekuningan yang dikeluarkan dari paru-parunya, sambil berkata: "Ni dia! Kuning! Air jambu batu! Selagi tak jernih, selagi tu saya tak keluar dari wad. Apa benda ni? Inilah yang duduk dekat paru-paru saya yang melemahkan jantung. Sampai (fungsi) jantung tinggal tiga peratus."

Abang Rock yang juga seorang penghisap vape tegar selama empat tahun mengakui, "kalau ride (menunggang motosikal) sampai Thailand, sembilan jam. Sebelah tangan pegang handle (pemegang tangan motosikal), sebelah tangan pegang vape. Proohh, proohh… hisap vape tegar. Kalau kau kata kau kuat, tak sembanglah," katanya.

Selepas menonton video motivasi oleh doktor di TikTok, Abang Rock berkata, dia cuba berhenti.

"Baru nak insaf hisap vape, nak tinggalkan vape, dah takut. Tapi dua hari, pom! sesak nafas, lemah jantung. Pergi hospital, kritikal," katanya.

Beliau turut menyatakan dalam bilik wad yang sama, tiga lagi pesakit muda di bawah usia 30 tahun meninggal dunia, hanya dia yang masih bertahan.

"Pada orang muda, berhentilah hisap vape. Yang ada, masih ada peluang lagi. Berhenti. Budak muda jantung lemah, paru-paru rosak," pesannya dalam keadaan terbatuk-batuk.

Video itu mencetuskan limpahan simpati, dengan ruangan komen dibanjiri pengguna media sosial yang menganggap mesej itu sebagai satu peringatan dan renungan penting.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Akalditipumata 11-5-2025 12:29 AM
Vape. Permakanan. Senaman harian. Kesihatan. Semua kena ambil berat.
Quote PULANGKAN 11-5-2025 06:25 AM
aku asma teruk dari kecik. kalau orang hembus asap rokok, memang busuk nak mampos. lepas tu susah nak bernafas. asap kan. asap rokok likat bagi aku, macam lumpur, tapi terapung

tapi vape, orang hembus merata, kalau aku tersedut, tajam dia macam jarum menyucuk-nyucuk kat dada.
asphyxiated, aku sampai macam keluar dari air, nak bernafas punya la sakit macam lemas

aku tak tau macam mana orang boleh hisap rokok, boleh sedut vape bagai ni
ada mak bapak lagi bodo, hembus rokok, vape kat anak kecik. aniaya anak sendiri
Quote L.U.S.M 11-5-2025 09:40 AM
Edited by L.U.S.M at 11-5-2025 09:41 AM

Innalillah

Tp dia ckp dia dh bersara umur 40 tahun..now umur 44tahun

Klu dh 4tahun hisap time dh bersara
stress kerja apa ye...tak faham...
Logik ke stress keje tp mengaku ride ke Thai 9jam hisap vape non stop so which part yang stress?
Quote liyamariska 11-5-2025 10:38 AM
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Quote Purestteam1 11-5-2025 10:53 AM
kawan terus stop vape... lepas kena paru² berair
Quote airfilterkotor 11-5-2025 11:02 AM
Vaping sambil menunggang atas muto? 9 jam? Ini memang tegar.
Aku syak ni geng² scooter.
Quote batmana 11-5-2025 11:19 AM
Industri vape di Malaysia berkembang pesat dan memiliki nilai ekonomi yang signifikan. Pada tahun 2019, nilai runcit industri vape di Malaysia dianggarkan sekitar RM2.27 bilion. Namun, pada tahun 2023, industri ini telah meningkat sebanyak 53%, mencapai nilai RM3.48 bilion.
Industri ini juga telah menciptakan banyak peluang pekerjaan dan membantu pertumbuhan usahawan tempatan, terutama dalam kalangan komuniti Bumiputera. Selain itu, kerajaan Malaysia telah mula mengenakan duti eksais sebanyak 40 sen per mililiter untuk cecair vape yang mengandungi nikotin sebagai langkah awal dalam mengawal selia industri ini.

- semua sebab duit, nyusahkan KKM aja
Quote batmana 11-5-2025 11:22 AM
Pada tahun 2023, cukai rokok menyumbang lebih RM4 bilion kepada pendapatan negara, dan terdapat cadangan untuk meningkatkan kadar cukai bagi mengurangkan penjualan rokok haram serta meningkatkan hasil cukai.

- rokok sumbang 4 billion setahun pada negara, elok banyakkan kempen merokok dalam sekolah , masjid rumah ibadah aja dan di mana2, agar bantu pendapatan negara
kene galakkan lagi ramai rakyat hisap rokok ngn vape bagai
Quote TeropongThaico 11-5-2025 11:38 AM
Tengok ke badan nak salahkan vape seratus peratus pun tak boleh juga... Bukan nak body shaming arwah tp ikut fakta mcm all mix around opah aiol cakap. Pastu dia ckp lg yg yg travel gi thai tu yg sebelah tangan pegang handle motor sebelah tangan lg pegang vape... Isk 2 benda mudarat heols dok undang tak beringat.. mmg contoh tabaik la tu tp vape je yg disalahkan
Quote TeropongThaico 11-5-2025 11:43 AM
Skrg gang pengeluar vape dgn gang pengeluar rokok dok berperang. Kerajaan jd org tengah. Tp pada aiol yg semput ni mcm sistah @PULANGKAN ckp la kan... Dua2 sama je bahaya membunuhnya cara je berbeza
Quote JunkMail 11-5-2025 11:55 AM
Bila cakap merokok haram tak kira rokok ke vape ke semua degil kata makruh. Lantak hang lahhh.. dah tua bangka boleh fikir buruk baik tapi tak nak, indenial, ego.
Quote plywood 11-5-2025 12:12 PM
banyak benda kalau dibuat melampau akan sebabkan kematian.. jika digunakan biasa-biasa, mungkin ada kesan buruk minimum yang mana body boleh neutralkan
Quote sambaldurian 11-5-2025 01:48 PM
Korg2 nk hisap vape ke, rokok ke silakan . Tp tlgla jauh dr makanan ke ( kedai mkn ), laluan jln kaki ke. X hingin la nk bau hembusan udara korg. G hembus sesama cycle korg.
Quote zamnie 11-5-2025 02:17 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote ifanonline 11-5-2025 02:23 PM
knp nak dengar nasihat dier? terus kan hisap vape wahai sahabat sahabat...pedulik kan nasihat dier...beli vape banyak2...
Quote ChildrenOfBodom 11-5-2025 02:53 PM
hmmm mcm sorang mamat aku kenai ni umor baya mamat ni, 2 mggu lepas masuk spital dengar kata sebab masalah jantung jugak..heavy smoker..vape tak pasti lak isap ka dak... tup2 masuk spital..tgk ke gaya hidup aktif jugak, main basikal, badminton bagai...sampai harini tak kluar2 lagi
Quote rikiruj 11-5-2025 02:59 PM
alang2 nak biarkan vape.. kasi encourage habis, bagi masuk vape paling toksik, 2-3 kali hisap terus gol.  Dadah pun sama, kasi halal fentanyl, sekali tarik terus gol.  Senang kerja.. pastu buat daily death count macam covid dulu..

ini bagi tak bagi, mati perlahan menyusahkan ramai orang.
Quote cmf_premierleag 11-5-2025 04:20 PM
Ada mamat kt opis aku ni kuat gak hisap vape
Aku harap sgt dia byk2 hisap vape stp hari stp masa..bleh dia mampos segera
Sbb aku dgn dia tgh compete for promotion candidate..kalo dia mampos, kurang sket saingan aku
Maka, hisap la vape selaluuuuuu
Quote burberry99 11-5-2025 05:10 PM
innalillah hi wainna ilaihi rojiun semoga mendapat iktibar

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.045607 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top