CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

India, Pakistan setuju laksana genjatan senjata serta-merta

10-5-2025 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 770| Komen: 21

 


New Delhi: India dan Pakistan bersetuju melaksanakan satu gencatan senjata pada Sabtu selepas tentera kedua-dua pihak saling berbalas serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendedahkan bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan "gencatan senjata sepenuhnya serta-merta" hasil usaha perantaraan yang diketuai AS bagi menamatkan ketegangan.

Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata beliau dan Naib Presiden JD Vance telah berhubung dengan pegawai kanan India dan Pakistan, termasuk Perdana Menteri Narendra Modi dan Shehbaz Sharif, Ketua Tentera Pakistan Jeneral Syed Asim Munir, serta penasihat keselamatan negara Ajit Kumar Doval dan Leftenan Jeneral Muhammad Asim Malik.

"Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kerajaan India dan Pakistan telah bersetuju untuk menghentikan serangan serta-merta dan memulakan rundingan mengenai pelbagai isu di lokasi berkecuali," kata Rubio.


"Kami menghargai kebijaksanaan, ketelitian dan kepimpinan Perdana Menteri Modi dan Sharif dalam memilih jalan damai," katanya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar dan Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar turut mengesahkan menerusi hantaran di platform X bahawa satu gencatan senjata telah dicapai.

"Pakistan sentiasa berusaha mewujudkan keamanan dan keselamatan serantau tanpa menjejaskan kedaulatan dan integriti wilayahnya," kata Dar.

"India dan Pakistan hari ini mencapai persefahaman untuk menghentikan serangan dan tindakan ketenteraan," kata Jaishankar.

Perkembangan ini berlaku selepas ketegangan dan konfrontasi selama beberapa minggu yang hampir mencetuskan peperangan berskala penuh.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 10-5-2025 11:08 PM
dah kantoi kena bedil terus dan2 gencatan senjata ke dikkkkk
Quote B40tastePosh 10-5-2025 11:19 PM
Yang control Pakistan ni kan tentera...jangan main main.
Quote Skuau 10-5-2025 11:20 PM
Boleh jer korang LAWAN KRIKET....nak jugok berpeluru pandu bagai....
Quote izwan_izi 11-5-2025 12:16 AM
India dan Pakistan...

-sama2 gila seks..byk kes rogol..
-bau bawang tengik
Quote ChildrenOfBodom 11-5-2025 08:14 AM
depa start attackdepa yang umum ceasefire memalukan je laa klinkbusuk perasan kuat ni
Quote Dwdrum 11-5-2025 08:30 AM
Hampa lobai mahu nuclear war...
Quote newyork 11-5-2025 01:34 PM
Takpayah la nak perang2 weh depa 2 ni tah apa2.. elok majukan negara masing2 sudah..
Quote TeropongThaico 11-5-2025 05:31 PM
Takut le tu lepas kena bedil tu hari
Ingatkan dah bersedia sgt
Quote Dwdrum 12-5-2025 07:08 AM
Jika india tidak banned tiktok pasti dahsyat ber gasak
Quote ChildrenOfBodom 12-5-2025 11:13 AM
kastapundek maseh x mau mengaku jet rafale depa kena tembak... media perancis kutuk pilot bodoh.. 1 jet rafale $250 juta,...berapa banyak toilet boleh buat dengan duit banyak tuuu... terkejut dengan respon pakistan teruih setuju ceasefire
Quote Decaffeinated 12-5-2025 01:34 PM
Dwdrum replied at 11-5-2025 08:30 AM
Hampa lobai mahu nuclear war...

Setuju ceasefire pun kena kecam.
Quote silance 12-5-2025 01:40 PM
Dua-dua takde duit. Kalu atuk firestone offer funding on aje.
Quote TOPwind 12-5-2025 10:22 PM
izwan_izi replied at 11-5-2025 12:16 AM
India dan Pakistan...

-sama2 gila seks..byk kes rogol..

mereka ni DNA sama
negara miskin

tapi belagak kaya.

keling mcm mana kaya pun tetap nampak miskin.

Podaah

Quote Manjahati 12-5-2025 10:26 PM
Eloklah gencatan senjata..kesian kat org awam…
Quote Radzor 12-5-2025 10:55 PM
kan ada berita india kantoi. yang attacked tu dari india sendiri pastu nak salahkan paki. pengarah risikan india pun dah kne tukar sbb rahsia bocor.
benda² mcm ni mmg ada. sini pun akan berlaku nanti. hati² la jangan terlalu cepat percaya.

ISLAMABAD:
In a stunning blow to India's credibility, Lt Gen DS Rana, the director general of the Defence Intelligence Agency (DIA), was abruptly removed from his post and transferred to Andaman and Nicobar Islands, after a leaked document exposed a false-flag operation in Pahalgam, it was learnt on Friday.
Sources said that the document was a clear evidence of the involvement of the Indian government in the attack in Indian Illegally Occupied Jammu and Kashmir (IIOJK) tourist resort of Pahalgam on April 22 in which 26 tourists were shot dead.
resign1746228654-0-436x333.jpeg
Quote cm_vungtau 12-5-2025 11:04 PM
Bebudak kat reddit cakap diorang ceasefire sebab ramai bebudak tengah IGCSE, A levels and AS levels sekarang ni. Tengah kasi laluan untuk exam
Quote Dwdrum 13-5-2025 07:54 AM
Edited by Dwdrum at 12-5-2025 04:04 PM
Decaffeinated replied at 11-5-2025 09:34 PM
Setuju ceasefire pun kena kecam.


Pakistan-india buat history recent global aviation selepas WW2.. Paling besar and lama around 120+ jets + missiles exchange 100 miles distance untuk air battle... Baru mula saja bukan ground lagi... Depa calling ceasefire sebelum lebih teruk...aku tengok US secretary refer case 2019... Pakistan sentiasa ready untuk launch nuclear... Ini yang lebih serem...

Ngaku menang ini masing masing ego saja... Ada pakistan missiles explodes in midair sebelum reach target..

Jika ada video mesti lebih thrill dari movie and LIMA langkawi...
Quote Decaffeinated 13-5-2025 10:54 AM
Radzor replied at 12-5-2025 10:55 PM
kan ada berita india kantoi. yang attacked tu dari india sendiri pastu nak salahkan paki. pengarah r ...

Berita dari Islamabad?
Quote Radzor 13-5-2025 12:50 PM
Decaffeinated replied at 13-5-2025 10:54 AM
Berita dari Islamabad?

yea.. klu berita dari delhi lain macam pulok.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.089047 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top