CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fauziah Latiff cerewet orangnya, punca 9 tahun tiada lagu baharu

10-5-2025 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 771| Komen: 14|Original author: tatod

1000032416.jpg



CEREWET memilih lagu menjadi faktor utama penyanyi Fauziah Latiff tidak mengeluarkan sebarang single baharu sejak sembilan tahun lalu


Fauziah atau Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 55, berkata, pada tahap ini dia mempunyai tanggungjawab menerbitkan lagu dengan unsur positif kepada pendengar.


"Saya sejujurnya memang cerewet bab memilih lagu untuk dijadikan sebagai single.


1000032417.jpg



"Ada beberapa lagu diberikan tapi saya perlu pilih dengan berhati-hati dan teliti karya yang sesuai dengan saya.


"Lagipun sebagai penyanyi kita juga ada tanggungjawab untuk sampaikan perkara positif kepada pendengar,” katanya kepada mStar.


Untuk rekod, lagu berjudul Takdir Cinta merupakan single terakhir yang dirakamkan Fauziah pada tahun 2016.


Dalam pada itu, Fauziah tiada masalah untuk bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik baharu sebaliknya mengalu-alukan karya daripada mereka.


1000032418.jpg


Malah jelas Fauziah, dia ada menerima beberapa tawaran namun belum jumpa lagu sesuai untuk dijadikan single.


"Sudah tentu saya terbuka untuk bekerja dengan mana-mana komposer dan penulis lirik baharu.


"Saya juga ada dapat tawaran daripada mereka cumanya mungkin belum ada jodoh untuk bekerjasama," ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Fauziah teruja apabila lagu duet bersama penyanyi JessC berjudul Tak Terpisah mendapat sambutan menggalakkan.


Selepas tujuh hari dimuat naik menerusi saluran YouTube JessC, muzik video lagu berkenaan sudah mencapai lebih 800,000 jumlah tontonan. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 10-5-2025 05:56 PM
Takyah la buat lagu baru...composer kt msia ni bukan sedap pun buat lagu zmn skang ni
Suara gee pun dah x sedap mcm dulu2
Quote I.K.A888990 10-5-2025 07:57 PM
knp suara Jessc ni mcm fefonen je dgr haha
Quote hyie 10-5-2025 10:41 PM
I.K.A888990 replied at 10-5-2025 07:57 PM
knp suara Jessc ni mcm fefonen je dgr haha

meols teringat sorang fonen cina operate dari sarawak yang yakin release album kat Taiwan dengan suara kepit suatu ketika dulu iya. Adakah orang yang sama? meols tak ingat nama heshe. Siap ada laki lagi yach..i mean suami yang sah..gaytohhh
Quote tukul 10-5-2025 10:56 PM
My all times favourite singer.....love gee..
Quote I.K.A888990 10-5-2025 11:05 PM
hyie replied at 10-5-2025 10:41 PM
meols teringat sorang fonen cina operate dari sarawak yang yakin release album kat Taiwan dengan su ...

mungkin jgk mmg fonen jessc ni. google tadi pun ada katanya released album kat taiwan 2017 haha..hubbynya pun masih "setia" gitu disamping fonen ni

tapi masalahnya nyanyi live pun kehausan je dgrnya pebenda tah

Quote acikonion 11-5-2025 02:40 AM
Lamanya 9 tahun xde lagu baru. Mmg btl pnya cerewet.
Quote pencintaABC 11-5-2025 06:25 AM
Kekdahya cerewet..tapi lepas 9 tahun keluar single duet hauk dengan peponen. Kemon la kak gee.
Quote Piramida 11-5-2025 06:41 AM
Lebih pada bkn priority dia lah kot nak cari lagu baru... Bkn jenis aktif nak nyanyi2... Nak keluar TV konsert sana sini.
Bkn keperluan....
Lain ler retis yg still aktif nyanyi sana sini Tapi xde lagu baru asyikkkk lagu zaman pak kadok ulang sampai ajm.
Jenis mcm ni yg patut buat dan nyanyi lagu2 baru.
Quote Thunderclouds 11-5-2025 07:07 AM
Suara pon dh tak sedap. Halah2...lg nk sembang cerewet bgai.
Quote Hoola 11-5-2025 08:24 AM
for forver girl crush dari dulu
lagu2 kak gee still in spotify myplaylist ;)
Quote mekfazura 11-5-2025 08:37 AM
penyani tua mana ada buat lagu baru... abis kuat pun cari 1je lagu baru...lain semula umpama "panaskan lauk semlm"
Quote makita 11-5-2025 09:14 AM
Mesti la cerewet, nak match dgn suara putus urat kentut. Ada org kata kalau prektis nyanyi suara mesti okay balik. Tp dia ni consistent x leh tarik suara tu. Mmg total damage dah kot
Quote sleepandream 11-5-2025 12:23 PM
lagu ok not bad dengar santai2... tapi spoil suara jessC... betul suara pondan kepit... suara kak Jee ok je dalam rakaman tu...
Quote lucky_peace 11-5-2025 12:57 PM
Beruntung dia dpt lagu malar2 segar. Sampai skg dengar. Tapi rasanya takdir cinta tu bukan single terakhir dia, rasanya tahun lps dia ada bt single tuk drama kt astro yg rita nadira berlakon, kak jee pon ada berlakon gak jadi jahat.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.073090 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top