CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayda Jebat seram tidur dengan anak

10-5-2025 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1181| Komen: 13|Original author: tatod

1000032343.jpg



Bukan kali pertama berdepan kejadian misteri, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui seram apabila harus tinggal berdua-duaan dengan anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang berusia empat tahun.


Ujar Ayda atau nama asalnya Nur Suhada Jebat, 34, Nayla sering memandang ke arah lain apabila berborak dengannya sebelum tidur seolah-olah ada entiti lain yang menarik perhatian.


Malam ini tidur dengan Nayla berdua, ayah dia kerja. Bila tidur dengan dia memang akan rasa seram sebab bila kita berborak sebelum tidur, dia cakap tetapi akan pandang satu tempat ‘random’ (rawak).


“Kadang-kadang di atas, kadang di tepi kita. Hati rasa nak tanya ‘tengok apa Nayla?’ tetapi takut kalau dengar jawapan daripada dia.





“Baik mama (panggilan Ayda) diam saja Nayla. Cepat-cepat suruh dia tutup mata tidur, tapi itulah seronok bila borak berdua, yang tak seronok dia tengok tempat lain,” katanya dalam Threads.


Bukan kali pertama berdepan kejadian misteri, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui seram apabila harus tinggal berdua-duaan dengan anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang berusia empat tahun.


Ujar Ayda atau nama asalnya Nur Suhada Jebat, 34, Nayla sering memandang ke arah lain apabila berborak dengannya sebelum tidur seolah-olah ada entiti lain yang menarik perhatian.


"Malam ini tidur dengan Nayla berdua, ayah dia kerja. Bila tidur dengan dia memang akan rasa seram sebab bila kita berborak sebelum tidur, dia cakap tetapi akan pandang satu tempat ‘random’ (rawak).


“Kadang-kadang di atas, kadang di tepi kita. Hati rasa nak tanya ‘tengok apa Nayla?’ tetapi takut kalau dengar jawapan daripada dia.




“Baik mama (panggilan Ayda) diam saja Nayla. Cepat-cepat suruh dia tutup mata tidur, tapi itulah seronok bila borak berdua, yang tak seronok dia tengok tempat lain,” katanya dalam Threads.


Menceritakan lanjut, pelantun lagu Pencuri Hati itu turut berkongsi beberapa kisah misteri lain yang pernah dihadapi anak kecilnya itu.


“Bukan tak pernah, tengok borak tiba-tiba dia cakap ‘Mama kenapa nenek itu datang sini?’ Nasib bukan malam, siang hari buta.


"Bila dalam kereta dia siap lambai luar tingkap. Malam-malam hari bila tanya dia cakap ‘ada hantulah mama’. Berdesup kereta dada (panggilan kepada Nabil) bawa sambil baca ayat kursi.


“Bila pergi kedai makan, kadang-kadang ada saja yang dia tidak mahu masuk. Ini bukan cakap kedai restoran atau warung tetapi di pusat beli-belah pun ada, hotel apatah lagi,” ujarnya.




Situasi misteri yang sering dilalui itu turut membuatkan isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu khuatir untuk membawa anaknya menziarahi orang sakit di hospital.


“Kadang-kadang takut nak bawa dia melawat orang sakit di hospital. Walaupun saya yang masuk hospital, saya tak bagi dia datang.


“Jadi, kawan atau saudara yang masuk hospital janganlah cakap ‘tak bawa anak ke?’


"Maaf cakap, ini hospital. Banyak benda tak nampak, selain hantu banyak penyakit juga,” jelas.


Tahun lalu, Ayda pernah berkongsi kejadian berdepan gangguan makhluk halus apabila anaknya menjerit perkataan ‘hantu’ semasa dalam bilik air di rumah mereka.




Malah, dia mendedahkan anak puteri kesayangannya pernah mengadu melihat satu entiti ketika mereka menginap di sebuah hotel. – HIBGLAM




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 11-5-2025 02:43 AM
Banyak yg menumpang kt rumah tu ke cemane? Xde pula dia crta dia bawa anak dia jmpa org pandai tutup kan hijab. Dh 4y msh kerap nampak benda2 mcm tu rasanya perlu tutup hijab secara manual dh
Quote Carcosa 11-5-2025 03:47 AM
Entah2 in the spectrum.
Dan2 la boleh tgk hantu.
Quote telracs 11-5-2025 09:58 AM
Peraturan hospital, pergi ziarah pesakit di wad memang tak boleh bawa kanak-kanak
Quote A-Are 11-5-2025 11:29 AM
i ols suka tgk cerita zombi dekat rumah...lama2 anak kecik iols asal nampak benda menyeramkan je dia panggil zombi termasuklah hantu...ada sekali dia ckp dgn iols mommy ada zombie sebelah nanny dalam bilik...so dr nak seram jd tergelak plak membayangkan zombi
Quote allshares 11-5-2025 11:35 AM
Jaga2 la tkt penyakit lain. Dulu jiran mertua iols bangga anak dia ade "6sense", konon boleh nampak arwah, org kalau lps meninggal mesti dia boleh nampak arwah di tmpt2 yg arwah selalu kunjungi pada bln pertama org tu meninggal. rupanya schizophrenia, start diagnos bila dah lps masuk U, Sian pandai budaknya. Hopefully anak Ayda Jebat tak begitulah, sebab ni bkn 1st time dia up cerita mcmni.
Quote sayawifenikmie 11-5-2025 12:35 PM
memang ada orang yg "hijab" dia terbuka (ehhh betul ke istilah ni?)

kawan saya ada sorang anak dia nampak macam2 (makhluk) kat rumah depa
dari anak dia kecil sampai besar
kawan saya suruh anak dia diam diam jer jgn cerita apa dia nampak
I miss u so much Dr.K
Quote JahLupa 11-5-2025 01:35 PM
P la berubat dek nonn
Quote sharlenetexas 11-5-2025 01:37 PM
Dua kemungkinan - secara fizikal dan dalaman. Baik check dua2.


Quote GincuPurple 11-5-2025 05:19 PM
Carcosa replied at 10-5-2025 07:47 PM
Entah2 in the spectrum.
Dan2 la boleh tgk hantu.

Kan! Ada kemungkunan dlm spektrum. Tapi kalau dia tak ada masalah speech delay, dah boleh rule out in spectrum. The best bawak gi check
Quote awanearisu 11-5-2025 07:43 PM
Sepatutnya sebagai seorang ibu, seharusnya naluri hendak melindungi anak itu melampaui rasa seram atau takut.
Quote babynina30 12-5-2025 06:38 AM
sayawifenikmie replied at 11-5-2025 12:35 PM
memang ada orang yg "hijab" dia terbuka (ehhh betul ke istilah ni?)

kawan saya ada sorang anak dia  ...

Dr K ex laki dr w ke kaka l
Quote Peachlilac 12-5-2025 06:51 AM
i ada baca ustaz kata sebenarnya dlm islam takde istilah hijab terbuka ke apa. i setuju dgn forummers lain, go and get checked kat klinik. could be something wrong somewhere.
Quote sayawifenikmie 12-5-2025 01:09 PM
babynina30 replied at 12-5-2025 06:38 AM
Dr K ex laki dr w ke kaka l

ahhh sudaaaa
Dr. K tu seorang wanita heheehe

dr k dr w yg diperkatakan siapakah ?

Dr.K ni dia 10 tahun tua dari saya
teringat kat dia pulak
dlm ramai2 kawan dan BFF saya
hanya umur dia yg saya ingat sebab +10 dari umur saya

dulu2 masa gomen masih ada kerja 1/2 hari Sabtu
bila dalam pukul 12 gitu ... dia selalu buatkan cokodok utk kami makan2 sebelum balik ...
dia pandai masak ..

taopi betul
mmg ada orang yg boleh "nampak" makhluk2 yg orang2 marhaens macam kita2 ni tak nampak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057832 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top