CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Pelik & Misteri Lihat artikel

Teruja nak bercuti atau balik kampung sampai terlupa pagar rumah... Ini 9 amalan elak jin tumpang kediaman

10-5-2025 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1757| Komen: 4|Original author: tatod

1000032275.jpg



SEBUAH hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya, "Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya."


Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa perlindungan diri dan tempat tinggal menggunakan ayat ruqyah dibolehkan sebagai pendinding daripada gangguan syaitan.


Menyebut mengenai pendinding rumah, kebanyakan kita ada kalanya mengambil ringan kepentingan memelihara kediaman daripada unsur negatif yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, contohnya, jika mahu meninggalkan rumah beberapa hari.


Rumah yang dibiarkan tanpa penghuni dalam tempoh lama sememangnya menjadi kegemaran makhluk ini untuk 'menumpang'.



Selain bacaan ayat ruqyah, berikut merupakan sembilan amalan yang boleh dilakukan sebelum meninggalkan rumah, untuk mengelakkan jin mengambil kesempatan, sebagaimana perkongsian sebuah pusat rawatan Islam, Pusat Rawatan Taubah:


1000032276.jpg


1. Tutup lubang tandas atau lubang saliran


- Jin dan makhluk halus suka tempat yang lembab dan gelap.


2. Pastikan rumah dalam keadaan bersih


- Jangan tinggalkan sisa makanan atau sampah di dalam rumah.


3. Tutup cermin dengan kain


- Cermin adalah salah satu tempat di mana jin suka bertandang.


4. pastikan pinggan mangkuk atau kuali dalam keadaan tertiarap


- Cara ini bertujuan mengelakkan najis bangsa jin atau binatang melekat.


5. Jangan biar kain baju berlonggok


- Ini salah satu tempat permainan jin, terutamanya pakaian yang sudah dipakai, kerana jin boleh 'menumpang' bau manusia.


6. Usah biar air bertakung


- Sama seperti yang pertama, jin amat menyukai tempat yang lembab


1000032277.jpg


7. Pastikan semua pintu ditutup


- Setiap pintu bilik, tingkap mahupun pintu tandas termasuklah penutup mangkuk tandas perlu ditutup


8. Amalkan membaca ayat Kursi dan ayat 9 surah al-Baqarah


- Baca kedua-duanya sebelum meninggalkan rumah, kemudian tiup pada pintu rumah. Niatkan supaya Allah menjaga rumah daripada gangguan jin


9. Tinggalkan al-Quran terbuka pada surah al-Baqarah


- Jika tidak mampu membaca atau memasang surah, tinggalkan mushaf terbuka pada surah ini kerana rumah yang dibacakan al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan.  - mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 11-5-2025 10:24 AM
tinggalkan mushaf terbuka pada surah ini kerana rumah yang dibacakan al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan

Pesen mende plk buka Al Quran tp xbaca???
Quote nana1001 11-5-2025 03:57 PM
L.U.S.M replied at 11-5-2025 10:24 AM
tinggalkan mushaf terbuka pada surah ini kerana rumah yang dibacakan al-Baqarah tidak akan dimasuki  ...

ituler...
Quote ninja boy 12-5-2025 08:44 PM
Mungkin ayat kursi yg digantung dinding kah spt film perawan
Quote miznora 25-5-2025 12:44 PM
Pasang alquran plugin tu boleh kan. Sentiasa baca

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.077689 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top