CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis sahkan terima laporan kes peniaga aniaya kucing

10-5-2025 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 380| Komen: 0|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-10 100707.png


Georgetown: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai isu tular di media sosial berhubung penganiayaan kucing di Medan Selera Pasar Lebuh Cecil di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, laporan itu dibuat seorang wanita tempatan berusia 20 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Menurut laporan itu, wanita terbabit mendakwa melihat seorang lelaki yang juga peniaga makanan menganiaya kucing dengan mencekik leher haiwan itu kira-kira 8 pagi kelmarin.

"Susulan itu wanita berkenaan membuat laporan polis, pada 4.05 petang pada hari sama.

"Bagaimanapun, lelaki warga tempatan iaitu peniaga makanan berusia 55 tahun yang dimaksudkan wanita berkenaan, turut membuat laporan polis semalam bagi menafikan dakwaan terhadapnya.

"Hasil siasatan pihak polis, kes ini sudah diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) iaitu kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, tindakan itu didakwa dilakukan lelaki berkenaan selepas kucing terbabit makan kuih jualannya dan hantaran mengenai isu berkenaan serta laporan polis turut tular di media sosial.

Menurut laporan itu, wanita terbabit mendakwa melihat kucing berkenaan meronta-ronta ketika dicekik sehingga menyebabkan ia kelihatan sesak nafas dan terbuang air besar.

Lelaki berkenaan mendakwa akan mencekik kucing itu sampai mati, sekiranya wanita terbabit mengambilnya.

Kucing itu dimasukkan ke dalam plastik oleh lelaki berkenaan sebelum ia diambil oleh wanita terbabit bagi dibawa pulang.


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.023635 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top