CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Axia pandu lawan arus, terhimpit dua lori

10-5-2025 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 861| Komen: 15|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-10 095932.png


Iskandar Puteri : Tindakan seorang pemandu Perodua Axia berwarna jingga yang memandu secara melawan arus, ketika kesesakan jalan raya membawa padah apabila kenderaannya 'dihimpit' dua lori.

Menerusi dua video tular di media sosial berdurasi enam saat dan 18 saat itu, kejadian dipercayai berlaku di Gelang Patah.

Dalam rakaman itu, pemandu kereta terbabit 'menyelit' di laluan motosikal iaitu di tengah antara kereta yang berhenti akibat kesesakan lalu lintas.


Tidak lama kemudian, video lain memaparkan kereta terbabit yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dibahagian hadapan, dengan pemandu di dalamnya, tidak bergerak dan dihimpit di antara dua lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan mengesahkan kejadian berlaku di Kilometer 4, Jalan Gelang Patah - Ulu Choh arah Kampung Ulu Pulai di sini, kira-kira 9 pagi semalam.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek memandu secara melawan arus sejauh 500 meter kerana tersalah masuk lorong untuk ke stesen minyak berhampiran.

"Kereta itu juga terlanggar sebuah Toyota Vios sebelum terhimpit di antara dua lori.

"Suspek lelaki tempatan berumur 26 tahun tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, dua jam selepas kejadian.

"Kedua-dua pemandu lori diminta tampil untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 10-5-2025 10:28 AM
Hat mula2 orang tanya, cina ka keling ka melayu ka
Quote Skuau 10-5-2025 10:32 AM
Dua lori berjuang ..Axia semput ditengah.Bukan elephant abe mat.
Quote FOTHER-MUCKER 10-5-2025 10:54 AM
Mungkin sebelum ambil lesen memandu kena ambil iq test dulu kerana pemandu seperti ini ada banyak di Indonesia
Quote hyie 10-5-2025 11:11 AM
ini yang kita mahu
Quote mejaputih 10-5-2025 11:12 AM
Pelik dia guna alasan tersalah masuk lorong..woi org salha masuk lorong terus u turn terus betulkan arah, bkn keep on driving membahayakan nyawa org lain

Quote syamzana 10-5-2025 11:38 AM
plat kete tertanggal ke apa tu?
kalau dulu org2 tua ramai peel camni, silap masuk lorong lawan arus sardinnnn je drive...ni muda jetik pun sama
Quote otai_g 10-5-2025 11:58 AM
Jap sapa driver axia tu? Apa alamat rumah dia? Meh salat kepala dia sekali upah jd bodoh
Quote miss_white 10-5-2025 06:01 PM
Axia pulak mendunia..ada je hal yg dia buat

Quote SalenaGomez 11-5-2025 06:49 AM
Elok laa axia tu terhimpit, thanks pd 2 lori tu…. Kalau tidak, naya je nanti byk kereta lain kena langgar dgn axia tu lagi
Quote fattymah 11-5-2025 08:21 AM
Lawan arus tu selalu org tanah besat.. lepas le uit.. kes bawak lori lawan arus kat GP aritu pun lepas
Quote eyansss 11-5-2025 10:36 AM
mejaputih: Pelik dia guna alasan tersalah masuk lorong..woi org salha masuk lorong terus u turn terus betulkan arah, bkn keep on driving membahayakan nyawa org l ...


kalau baca artikel, sebelum tu dia ada langgar kereta lain…  so aku syak dia nak lari…
Quote Purestteam1 11-5-2025 10:52 AM
laju giler mencelah.. sampai motor elak ke tepi... ada hal la ni
Quote sapeka 11-5-2025 11:14 AM
Tak sedar ke mcm mn tu?
Quote TeropongThaico 11-5-2025 11:51 AM
Tak bgth sapa ni sbb gang2 yg selalu buat onar ke??? ketum ke mabuk
Quote Kitty_catz 14-5-2025 06:27 PM
teringat nick datinAxia

#daharwah #sedekahalfathiah




Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057000 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top