CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencalonan pemilihan PKR tamat, Anwar tidak dicabar

10-5-2025 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 456| Komen: 12

 


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar bagi jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pencalonan pemilihan parti itu berakhir 11.59 malam tadi.

Bagaimanapun menurut sumber, jawatan Timbalan Presiden bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dengan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, 12 ahli mengemukakan pencalonan masing-masing.

Berikut senarai calon yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR bagi sesi 2025-2028:

Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam)

Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor)

Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)

Datuk Seri R Ramanan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)


Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru)

R Yuneswaran (Ahli Parlimen Segamat)

Dr Sathia Prakash Nadarajan (Ketua Cabang PKR Hulu Selangor)

Abun Sui Anyit (Ketua Cabang PKR Hulu Rajang/Ahli Dewan Negara)

Hee Loy Sian (bekas Exco Selangor)

Mustaffa Kamil Ayub (Pengerusi Institut Keusahawanan Negara)

Manivanan Gowin (Ketua Cabang PKR Jempol)

Selain itu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim calon tunggal bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), manakala jawatan Ketua Wanita PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dengan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

Pencalonan bagi Pemilihan PKR 2025 berlangsung selama dua hari bermula Khamis lepas secara dalam talian.

Proses bantahan ditetapkan pada 11 dan 12 Mei ini, diikuti rayuan bantahan (13-14 Mei), tarikh akhir penarikan diri (14 Mei), senarai muktamad calon (15 Mei), tempoh kempen (15-22 Mei) dan pengundian pada 23 Mei.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru.




Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 10-5-2025 10:25 AM
... wau
Quote Decaffeinated 10-5-2025 01:37 PM
'Bagaimanapun menurut sumber, jawatan Timbalan Presiden bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dengan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang.'

Menurut sumber, maksudnya ko pun tak sure ka apa? Yang lain2 tu menurut siapa pula?
Quote Firenzza 10-5-2025 05:11 PM
Nampak sgt pkr xde leader yg blh diketengahkan, x berani lawan semua jenis menonggang & amik kesempatan klau nuart kalah konpem pkr berkubur
Quote kemaruk 10-5-2025 05:15 PM
Team baik kot.. takkan la berebut jawatan hero

Korang tonton filem, pernah tak team baik bercakaran  sesama sendiri rebut watak hero filem? Tak pernah kankankan
Quote lipans 10-5-2025 05:56 PM
pkr mana ada leader. diorang survive sebab dap je.
Quote L.U.S.M 10-5-2025 06:20 PM
Bila ko bg banduan GK jadi pm ko mmg xkn blh menang blk
Quote alesandra 10-5-2025 07:19 PM
So izzah masih boleh menarik diri laa?pikir betul2   la izzah oii.tindakan ko tu boleh membunuh karier  politik ko sebenarnya
Quote creep_bite 10-5-2025 07:35 PM
Bakal PM untuk kali kedua.
Quote wirazam 10-5-2025 07:38 PM
alesandra replied at 10-5-2025 07:19 PM
So izzah masih boleh menarik diri laa?pikir betul2   la izzah oii.tindakan ko tu boleh membunuh kari ...

Izzah better bertanding jadi ketua wanita
Quote Skuau 10-5-2025 07:58 PM
Edited by Skuau at 10-5-2025 07:59 PM

Saiya tak rhisau pung...saiya ada FORMULA UNTUK MENANG....
Quote alesandra 10-5-2025 08:41 PM
wirazam replied at 10-5-2025 07:38 PM
Izzah better bertanding jadi ketua wanita

Mana maunyer.itu dah kira turun pangkat.dia naib presiden.kalo mcm level fadlina bolehla.teruk jugak izzah kena maki skrg.aku tau dia dah lali dgn maki.tapi dia bijak kot.tarik diri jela
Quote Suchi 10-5-2025 09:15 PM
Knp es k k em  kacau aliff ahmad?
Bior jelaa dia nk tulis apa pun kt fb tu
Dia tu non partisan semua je dia hentam
Serabut laaaaa

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044264 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top