CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

India gantung semua penerbangan awam di 24 lapangan terbang di utara

10-5-2025 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 417| Komen: 2

 


New Delhi: India menggantung semua penerbangan awam di 24 lapangan terbang di utara negara itu susulan pertempuran yang semakin memuncak dengan Pakistan, negara jirannya yang turut memiliki senjata nuklear.

Sehingga kini, hampir 50 orang dilaporkan maut, majoritinya di Pakistan, selepas India melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi yang didakwa sebagai kem pengganas pada Rabu lalu.

Serangan itu mencetuskan pertempuran paling buruk antara kedua-dua negara dalam tempoh beberapa dekad.

Lewat malam Khamis, kerajaan India mengumumkan penutupan 24 lapangan terbang termasuk di bandar seperti Jodhpur, Ludhiana dan Amritsar yang terletak berhampiran sempadan Pakistan.

Beberapa syarikat penerbangan utama negara itu termasuk Air India, IndiGo dan SpiceJet membatalkan lebih 100 penerbangan sejak Rabu.

Media tempatan melaporkan, larangan penerbangan awam berkemungkinan ditarik balik pada pagi Sabtu, namun tiada pengesahan rasmi setakat ini.


Syarikat penerbangan turut mengeluarkan notis kepada penumpang dari lapangan terbang lain supaya tiba sekurang-kurangnya tiga jam sebelum berlepas, susulan langkah keselamatan diperketatkan kerajaan.

Ketegangan kedua-dua negara ini berpunca daripada serangan terhadap pelancong di kawasan Kashmir yang ditadbir India dua minggu lalu.

Serangan itu didakwa dilakukan kumpulan yang disokong Islamabad, namun Pakistan menafikannya.

Sejak itu, kedua-dua negara saling berbalas serangan menggunakan dron, peluru berpandu dan tembakan artileri di sempadan Kashmir yang menjadi perbalahan sejak sekian lama.

Perkembangan terbaharu ini menimbulkan kebimbangan global kemungkinan tercetusnya konflik berskala lebih besar antara dua negara bersenjata nuklear itu.

Sumber ; Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 10-5-2025 11:54 AM
Guna je lah Nuklear....
Quote Skuau 10-5-2025 12:32 PM
tada rhisau..saiya sini Malezia...sudah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.027330 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top