CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tak mampu berdiri, Pelakon filem Baywatch David Hasselhoff bakal jalani pembedahan lutut

10-5-2025 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 58| Komen: 0|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-09 233901.png


DILIHAT tidak lagi mampu berdiri lama dan menggunakan kerusi roda, pelakon David Hasselholf memberitahu tahap kesihatannya kurang memberangsangkan buat masa ini.

Hasselhoff, 72, berkata dia terpaksa menggunakan kerusi roda berikutan masalah pada lutut dan akan menjalani pembedahan minggu depan.

"Saya akan menjalani pembedahan lutut pada minggu depan," katanya.

Screenshot 2025-05-09 233922.png


Pelakon filem Baywatch itu dilihat tidak mampu berjalan sambil ditemani isterinya iaitu Hayley Roberts sewaktu bersiar-siar di sekitar Bandar Los Angeles, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

Walaupun berada dalam keadaan kurang sihat namun aktor itu dilihat mampu memberikan senyuman kepada orang ramai sambil dibantu oleh petugas di kawasan tersebut.

Difahamkan pasangan ini baru saja pulang dari Los Angeles setelah bercuti di Cancun, Mexico.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.176836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top