CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Sedang hamil 5 bulan, Siti Jamumall jalan kaki 15km lepas cerai tapi rujuk semula dalam masa kurang 24 jam

10-5-2025 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 134| Komen: 5|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-09 234750.png


KEMELUT rumah tangga yang melanda pempengaruh media sosial dan usahawan, Siti Jamumall akhirnya menemui titik damai apabila dia mengesahkan sudah kembali rujuk dengan suaminya, 'Aiman Tak Kesah'.

Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, mendedahkan perkara itu menerusi satu video di TikTok selepas timbul spekulasi mengenai kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Menurut Siti, dia dan suaminya sah bercerai sebelum mengambil keputusan untuk kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.

Screenshot 2025-05-09 234809.png


“Selepas pengesahan cerai, kami buat keputusan untuk rujuk semula. Sekarang saya sedang hamil lima bulan. Tak sabar menanti kehadiran 'bayi pelangi kami',” katanya yang pernah mengalami keguguran pada September 2024.

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi tentang emosinya selepas berlaku sedikit salah faham antara mereka di mahkamah sehingga dia berjalan kaki sejauh 15 kilometer.

Walaupun situasi itu mencabar, Siti berkata ia menjadi satu titik muhasabah buat dirinya dan berharap ia menjadi proses yang mematangkan mereka dalam melayari kehidupan berumah tangga.

Siti turut menafikan dakwaan netizen yang membuat pelbagai spekulasi berhubung hubungannya dengan Aiman dan berharap orang ramai menghentikan andaian yang tidak berasas.

Screenshot 2025-05-09 234829.png

"Saya harap semua jelas. Tiada spekulasi lagi. Saya ni mungkin kadang-kadang terbawa emosi sebab tengah mengandung dan tak boleh hadap tekanan tekanan nanti kena depression (kemurungan).

"Saya ni perempuan bukan nak apa pun. Nak perhatian dari suami sendiri je. Tengah mengandung ni emosi tak menentu. Duit atau apa pun itu semua (perkara) nombor dua.

"Saya boleh terima sikit ke banyak perhatian tu janji awak sudah jalankan tanggungjawab. Kita sama-sama belajar betulkan keadaan. Apa dah jadi dekat benda lepas biar la berlalu,” katanya lagi.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Jun tahun lalu di Satun, Thailand.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti yang sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, berusia lima tahun dan Putra Aiman Zafran, tiga tahun.

Mengakhiri perkongsian, Siti turut berhasrat untuk meluangkan masa bersama suaminya selepas urusan kerja selesai.

“Saya tak minta lebih, hanya mahu perhatian daripada suami. Duit atau harta bukan keutamaan. Yang penting, kami sama-sama belajar dan perbaiki keadaan.

"Kita buka buku baru je. Saya reda dengan apa yang jadi. Selesai bayar LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) syarikat, kita pergi Thailand sama-sama.

"Orang cakap kalau lelaki yang mengidam dan beremosi macam perempuan masa isteri mengandung ni tanda dia sayang lebih,” katanya berseloroh.

Siti turut berharap rumah tangganya kali ini kekal hingga ke akhir hayat dan memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 9-5-2025 11:51 PM
Aku sikit pn x percaya hahaha
Quote jgfjhdjhg 10-5-2025 09:50 AM
membogak je tu
Quote scarflicious 10-5-2025 11:39 AM
15km? jgn tipulah
Quote allshares 10-5-2025 11:52 AM
Tgk filter kat muka yg berkilo2 tu pun I conclude dia lapar perhatian lapar view. Walau tak kenai ko siapa.
Quote Prickford 10-5-2025 11:57 AM
Takde sape percaya pon dia ni. Silap2 kalau dia mati pon, orang tak percaya. Takut terbiar kojol gitu takde sape nak uruskan je sbb keje asik membongak demi content.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.068429 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top