CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tak kisah ulang pakai busana sama, Kate Middleton bijak 'maximize wardrobe' cipta gaya baharu

10-5-2025 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 179| Komen: 1|Original author: tatod

1000032087.png



SEBAGAI seorang kerabat diraja yang aktif menjalankan tugas rasmi, Kate Middleton perlu mematuhi kod etika pemakaian diraja yang ditetapkan.


Pun begitu, garis panduan yang dahulunya ketat kini diberi kelonggaran. Perubahan ini sangat bermakna, lebih-lebih lagi ia sejajar dengan komitmen Puteri Wales terhadap kelestarian alam sekitar.


Justeru, gaya fesyen Kate berubah dengan ketara. Beliau kini sering dilihat mengenakan semula pakaian, kot dan aksesori yang pernah dipakai sebelum ini.


Isteri kepada Putera William itu sememangnya dikenali dengan pengulangan pakaian.


Contoh-contoh berikut merupakan lima busana Kate yang dipakai semula dan diberi nafas baharu mengikut trend:



1000032088.png


1. Gaun kot Catherine Walker dipakai dua tahun berturut-turut


Pada sambutan Easter 2023, Kate mengenakan gaun kot biru kobalt rekaan Catherine Walker.


Sebenarnya, beliau telah pun memakai pakaian sama pada tahun sebelumnya ketika menghadiri majlis Hari Komanwel di Westminster Abbey, London, England.


Untuk kelihatan berbeza, Kate menukar beg tangan hitam kepada beg berwarna biru dan menukar topi kepada pillow box.


Kali kedua itu, beliau juga memilih untuk tidak memakai sebarang aksesori.

1000032089.png




2. Gaun Alexander McQueen kembali muncul di pentas BAFTA


Pada acara Anugerah Filem Akademi British (BAFTA) 2019, Kate tampil anggun dengan gaun putih rekaan Alexander McQueen yang mempunyai potongan leher asimetri.


Empat tahun kemudian, beliau mengenakan semula gaun itu untuk BAFTA 2023, tetapi dengan gaya yang diperbaharui menerusi pemakaian sarung tangan hitam, subang yang lebih besar dan rambut dibiarkan terurai.


Beliau turut mengubah bahagian bahu gaun tersebut kepada reka bentuk draping yang lebih anggun.


1000032090.png


3. Blazer hitam Holland Cooper untuk pelbagai majlis


Blazer hitam jenama Holland Cooper menjadi antara item yang kerap dipakai Kate dalam pelbagai acara rasmi.


Antaranya termasuk lawatan ke Universiti St. Andrews di Scotland pada 2021 bersama Putera William.


Pada tahun 2023, blazer tersebut dipakai semula semasa lawatan ke Pangkalan Udara Tentera Laut Diraja di Somerset.


Bezanya kali ini, beliau menggantikan baju dalam bercorak stripped hitam.


1000032091.png


4. Gaun Alexander McQueen diulang pakai selepas sedekad


Ketika menghadiri Anugerah BAFTA 2011 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Kate tampil mencuri perhatian ramai dengan gaun rona ungu muda rekaan Alexander McQueen.


10 tahun kemudian, beliau sekali lagi memilih gaun yang sama untuk majlis Anugerah Earthshot 2021, iaitu satu inisiatif alam sekitar anjuran Putera William.


Untuk memberi kelainan, beliau memilih tali pinggang berwarna emas yang dahulunya berwarna perak.


1000032092.png


5. Gaun polka dot Alessandra Rich untuk dua acara berprestij


Terbaharu, untuk memperingati ulang tahun ke-80 Hari Kemenangan di Eropah (VE Day), Kate memilih semula gaun putih polka dot rekaan Alessandra Rich.


Ia pakaian yang sama dipakainya semasa sambutan Hari Garter 2023.


Seperti penampilannya ketika memakai gaun kot biru kobalt rekaan Catherine Walker, Kate memilih untuk memberi nafas baharu kepada penampilannya dengan mengenakan topi berwarna hitam yang rekaannya juga berbeza. — Majoriti




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 11-5-2025 03:04 AM
Cantik sungguh la dia ni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.029414 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top