CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bill Gates wariskan cuma 1 peratus harta untuk anak-anak

9-5-2025 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 561| Komen: 5|Original author: tatod

1000031977.jpg



WASHINGTON – Pengasas bersama syarikat Microsoft, Bill Gates mengumumkan akan mendermakan 99 peratus kekayaan beliau pada tahun-tahun akan datang dan hanya meninggalkan satu peratus untuk diri sendiri serta anak-anak, lapor portal berita MailOnline semalam.


Mogul teknologi itu akan menutup Yayasan Gates menjelang 31 Disember 2045 sekali gus menamatkan projek seumur hidup beliau untuk mengagihkan kekayaan bernilai berbilion-bilion dolar bagi tujuan amal.


Gates mengumumkan akan mengagihkan hampir semua kekayaannya bernilai kira-kira AS$200 billion (RM862 bilion) dalam tempoh 20 tahun akan datang.


Beliau akan memegang satu peratus daripada jumlah tersebut bersamaan kira-kira AS$1.62 billion (RM7 bilion).


Gates mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Melinda sebelum mereka bercerai.



Anak-anaknya ialah Phoebe, Rory dan Jennifer akan mewarisi baki wang yang dimiliki Gates selepas kematiannya. – AGENSI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 10-5-2025 12:16 AM
bapak segala aluminium..propa je 1% dia pun ntah berapa billion
Quote Minami2013 10-5-2025 07:12 AM
rastaf replied at 9-5-2025 04:16 PM
bapak segala aluminium..propa je 1% dia pun ntah berapa billion

1% = 1.6 billion usd bersamaan rm7 billion.

Tapi still, utk lepaskan 99% tu... Bukan mudah.
Quote Dwdrum 10-5-2025 09:12 AM
Edited by Dwdrum at 9-5-2025 05:18 PM

Senang saja kena goreng dengan media.... Gates kids bukan poor untuk tunggu dia mati dapat harta.. Depa sendiri sudah ada asset... Even microsoft stocks... Yang discuss hanya bill part saja.
Quote TeropongThaico 10-5-2025 09:43 AM
Edited by TeropongThaico at 10-5-2025 09:45 AM

Moooolianyer atok pagor sekeluarga ni ye...
Tak memandang ke rete deme
Patut dicontohi ni
Sapa2 yg nak ikut jejak deme ni meh boh nama aiol sbg penama reta yg kome2 tak nak tu
Quote plywood 10-5-2025 10:23 AM
dia ada cakap dulu dia nak wariskan 10 juta jer untuk anak-anak dia. .. skrng ni dia nak ambik satu peratus jer untuk dia dan anak2 dia.. memang hebat juga gates ni

.. sebab siapa billionaire lain yang sangup bagi duit kekayaan dia sebayak 99% didunia pada zaman ini?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.076609 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top