CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tolong jangan asyik tambah anak' - Datuk Bandar tegur golongan miskin

9-5-2025 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 789| Komen: 12|Original author: tatod

3118329.jpg



MAKASSAR – Datuk Bandar Makassar, Munafri Arifuddin memberi teguran tegas kepada golongan berpendapatan rendah agar lebih bertanggungjawab dan bijak dalam merancang saiz keluarga masing-masing, terutamanya dari segi jumlah anak.

Beliau menyuarakan peringatan itu semasa melawat kediaman seorang pelajar penerima biasiswa Sekolah Rakyat, Nayla, yang terletak di Jalan Pandang 4, Kelurahan Pandang, Kecamatan Panakukang, Makassar, Sulawesi Selatan, pada Khamis.

“Saya sudah tegaskan, kalau si bapa atau si ibu masih bekerja secara tidak tetap, pendapatan pun belum cukup untuk menampung keperluan keluarga sebulan, tolong jangan asyik tambah anak. Gunakan kaedah perancang keluarga,” kata Munafri di hadapan penerima bantuan makanan asas.

Ucapan tersebut dibuat dalam konteks usaha kerajaan menangani kemiskinan melalui inisiatif Sekolah Rakyat serta bantuan sosial daripada kerajaan pusat.

Munafri turut menzahirkan kebimbangan apabila masih ramai keluarga miskin yang memiliki ramai anak walaupun pendapatan mereka amat terhad.

“Bayangkan, pendapatan hanya sejuta rupiah sebulan (RM285), tapi anak lima orang. Bagaimana mahu cukupkan makanan, pakaian dan keperluan nutrisi mereka? Inilah realiti yang kita perlu ubah,” tegas beliau lagi.

Dalam ucapannya, beliau juga mengingatkan tentang kejujuran dalam proses pemilihan penerima bantuan. Menurutnya, setiap pelajar yang diterima ke Sekolah Rakyat harus benar-benar datang daripada keluarga miskin dan bukannya hasil manipulasi data.

“Jangan tipu dalam pengisian data. Jangan pula sampai sanggup ‘memiskinkan’ rumah sendiri demi dapat bantuan. Bantuan ini untuk yang benar-benar memerlukan,” katanya tegas. – Agensi



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 9-5-2025 05:37 PM
ada pun pemimpin yg berani say it out loud psl ni
Quote batmana 9-5-2025 08:00 PM
teguran cmni tk jalan, buatla undang2 mcm negara china, sorg 1 anak sahaja

sapa2 ingkar,kene denda/ hukuman bagai
Quote FOTHER-MUCKER 9-5-2025 09:07 PM
TKI Malaysia selalu kata di Indonesia kerja sehari belum tentu cukup untuk makan sehari, di Malaysia berkerja sehari boleh makan untuk satu minggu.
Quote rastaf 10-5-2025 12:17 AM
meanwhile dekat korea siap bagi duit siapa beranak sebab kadar kelahiran makin turun teruk
Quote PULANGKAN 10-5-2025 05:07 AM
rastaf replied at 10-5-2025 12:17 AM
meanwhile dekat korea siap bagi duit siapa beranak sebab kadar kelahiran makin turun teruk

ada juga dengar tu. tapi bukan korea, negara mana ntah.
siap nak bagi diskaun sewa rumah ke, beli rumah ntah. bagi elaun sokongan untuk besarkan anak sampai umur sekian
Quote sambaldurian 10-5-2025 07:29 AM
Ye betul tu, aku kurang minat klu nampak budak menjual area parking kereta ke, meja ke meja ke, berdiri kt Pam stesen minyak ke. . Lain la budak tu tolong parents kt gerai / kedai xpe. Pastu tolong promote gerai mak ayah kt medsoc ke, aku leh terima.
Quote pooh~key 10-5-2025 11:36 AM
rastaf replied at 10-5-2025 12:17 AM
meanwhile dekat korea siap bagi duit siapa beranak sebab kadar kelahiran makin turun teruk

Kerajaan bayar pun totap tak cukup nak tampung besarkan anak itteww sebab kos nak besarkan anak kat sana tinggi amat katanya sissturrrr…
Quote B40tastePosh 10-5-2025 11:47 AM
RM285 lebih baik datang Malaysia ambil upah meracun dan menebas....boleh dapat RM500 paling malas.

Apa pendapat @nusaraya
Quote Itzy 11-5-2025 12:58 AM
Edited by Itzy at 11-5-2025 01:01 AM

Dasar pemimpin korup liberal indon, padahal Nabi Muhammad paling suka kalau umatnya ramai dan banyak. Allah yang akan cukupkan dan beri rezeki kat anak2 orang miskin tu. Ada banyak kisah islam pasal rezeki yang Allah beri. Tapi orang2 liberal buta hati ni mana la nak faham agama[em:3:][em:3:][em:3:] biarlah org nak miskin ke apa, kalau anak sikit pun, pemimpin2 indon tetap korup[em:4:][em:4:][em:4:] Ni cubaan bangang orang2 kafir dan liberal munafik untuk kurangkan umat nabi Muhammad. Si bill gate pun dah minta kebenaran pemerintah indon untuk suntik vaksin bcg ke apa ntah kat baby indon2. Entah racun apa dia letak dalam vaksin tu, kang mati bayi2 tu, dia boleh buat duit free dan jadikan umat islam indon sebagai tikus makmal. Celaka punya kalitalis yahudi
Quote b^lady 11-5-2025 07:33 AM
rastaf replied at 10-5-2025 12:17 AM
meanwhile dekat korea siap bagi duit siapa beranak sebab kadar kelahiran makin turun teruk

Jepun rasanya..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.041194 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top