CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS akan segera pecat 1,000 askar transgender

9-5-2025 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 483| Komen: 3|Original author: tatod

1000031637.jpg



WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) akan ‘segera’ memulakan prosedur memecat kira-kira 1,000 askar transgender dan memberhentikan secara paksa mereka yang tidak keluar secara sukarela bermula awal bulan depan, kata Pentagon semalam.


Presiden Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif pada Januari lalu melarang perkhidmatan askar transgender, manakala Mahkamah Agung AS memutuskan minggu ini bahawa larangan itu boleh berkuat kuasa walaupun litigasi yang mencabarnya sedang berlangsung.


“Jabatan Tentera akan segera memulakan pemprosesan anggota tentera yang mengaku diri mereka transgender untuk pemberhentian secara sukarela sebelum 26 Mac 2025,” demikian menurut memorandum ketua Pentagon, Pete Hegseth.


Kira-kira 1,000 askar yang dikenal pasti mempunyai diagnosis disforia jantina termasuk dalam kategori tersebut, kata jurucakap Pentagon, Sean Parnell pula dalam satu kenyataan.



Terdapat 4,240 anggota tentera yang sedang berkhidmat dikenal pasti sebagai transgender pada akhir tahun lepas, kata  seorang pegawai kanan pertahanan.


Mereka diberi masa sehingga 6 jun 2025 untuk keluar daripada pasukan tentera secara sukarela dan hari berikutnya untuk pasukan simpanan.


“Selepas tempoh ini tamat, Jabatan Tentera akan memulakan proses pemberhentian secara paksaan,” kata memo sama.


Golongan transgender AS berdepan perubahan dasar yang tidak menentu mengenai perkhidmatan ketenteraan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pentadbiran Demokrat sebelum ini membenarkan mereka berkhidmat secara terbuka, manakala Trump membuat keputusan sebaliknya. – AFP



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikiruj 9-5-2025 12:38 PM
Pening nak bela askar transgender ni.. first nak tanggung medical depa dari ubat hormon, operation etc, pastu boleh pulak ada requirement tak boleh hantar depa gi frontline…
Quote rastaf 10-5-2025 12:18 AM
camtot fonen jadi askar nanti masuk operasi sibuk main jubs
Quote PULANGKAN 10-5-2025 05:13 AM
rikiruj replied at 9-5-2025 12:38 PM
Pening nak bela askar transgender ni.. first nak tanggung medical depa dari ubat hormon, operation e ...

uish, demanding betul ye geng tu

era Biden memang zaman kegelapan AS takat ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.102052 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top