CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketum Malaysia di Thailand kini hanya RM3 sekilogram

9-5-2025 11:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 263| Komen: 3|Original author: tatod

1000031573.jpg





KANGAR: Permintaan terhadap ketum Malaysia di Thailand semakin berkurangan menyaksikan harga daun itu yang pernah mencecah sehingga RM180 sekilogram, khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menjunam kepada RM3 sekilogram ketika ini.


Harga itu merupakan antara paras terendah pernah direkodkan, malah rampasan dan tangkapan berkaitan kes ketum oleh pihak berkuasa di kawasan sempadan Perlis termasuk laluan laut juga menunjukkan penurunan ketara sehingga 60 peratus.


Antara faktor kejatuhan harga dan kekurangan permintaan adalah langkah Thailand menghalalkan ketum sejak tiga tahun lalu, sekali gus menyaksikan rakyatnya bebas menggunakan dan menanam daun berkenaan.


Berikutan itu juga, pengedar kini menyasarkan pasaran domestik di selatan, khususnya sekitar Lembah Klang dengan harga lebih tinggi.



Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim mengakui, pasaran daun ketum telah beralih ke ibu kota dan Selangor dengan harga antara RM30 hingga RM40 sekilogram.


Katanya, permintaan majoriti datang daripada individu berasal dari utara tanah air yang kini menetap di Lembah Klang, justeru mendorong kepada trend tersebut.


Ujarnya, faktor lain peralihan pasaran adalah berikutan kawalan ketat dilaksanakan pihak berkuasa di sempadan antaranya Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).


“Apabila kawalan ketat dilakukan, kos operasi pihak sindiket ini akan meningkat dan disebabkan itulah mereka beralih ke kawasan selatan tanah air yang lebih memberi keuntungan serta kurang risiko.


“Harga ketum untuk pasaran domestik pada ketika ini juga bermula daripada belasan ringgit sehingga RM20 sekilogram. Meskipun harga merekodkan penurunan mendadak di Thailand kebelakangan ini, namun daun ketum dari negara ini masih mendapat sedikit permintaan di sana berikutan kualitinya yang lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Pada Ogos 2021, Thailand memutuskan untuk mengeluarkan ketum daripada senarai dadah yang berbahaya digunakan di negara berkenaan.


Perubahan tersebut menyaksikan rakyat negara itu boleh menggunakan atau menjual ketum secara sah di sisi undang-undang.


Tambah Muhammad, tangkapan bagi kes ketum yang diseludup masuk ke Thailand juga merekodkan penurunan sehingga 60 peratus.


Katanya, jumlah tangkapan itu hanyalah antara satu hingga tiga kes sahaja dalam sebulan.


“Secara keseluruhan kita dapati permintaan ketum Malaysia di Thailand ini memang masih ada tapi tidaklah aktif seperti sebelum ini,” katanya.


Muhammad berkata, buat masa ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan penyalahgunaan ketum melibatkan pelajar sekolah di Perlis.


“Polis sentiasa melaksanakan program dan advokasi di sekolah-sekolah sekitar negeri ini dalam

memberi kesedaran buat pelajar agar mereka dilengkapi dengan pengetahuan undang-undang,” katanya. – UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 9-5-2025 10:46 AM
Suka bebeno orang Utagha minum ketum
Quote kepompong 9-5-2025 11:07 AM
Rasa sedap macam air tebu ke . Rasa camne
Quote rastaf 10-5-2025 12:20 AM
kepompong: Rasa sedap macam air tebu ke . ...


tak langsung..pahit dan tak sedap kalau tak biasa boleh muntah tapi lama2 kepala jadi khayal dan jd kuat

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.029812 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top