KUALA LUMPUR: Tular beberapa rakaman video di laman sosial TikTok yang memperlihatkan seorang lelaki merayau dan meracau dengan berkaki ayam persis orang kurang siuman. Menjengah ke ruangan komen, lelaki berkenaan dikhabarkan bekas pemain hoki remaja negara yang pernah beraksi hingga ke Jerman, India dan Pakistan. Lelaki itu dikenali Mohamad Asmawi Zaidi yang satu ketika dulu pernah menyarung jersi skuad Bawah 16 Tahun negara dan mula bermain hoki sejak di awal usia 12 tahun lagi. Mengesahkan perkara itu adalah rakan sepasukannya yang bersama-sama berjuang bersama Asmawi sehingga ke Jerman untuk beraksi bersama pasukan Malaysia bawah 16 tahun. "Memang benar, kelibat lelaki kurang siuman itu adalah Asmawi iaitu bekas rakan pasukan yang pernah bersama-sama beraksi untuk Terengganu ketika Sukan Malaysia (Sukma) dan rakan sekolah ketika menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini di kenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Ismail (SSTMI). "Sayu hati melihat, Mawi (Asmawi) begitu. Dia dulu seorang yang ceria dan seorang pemain hoki berkaliber. "Pernah juga menyarung jersi negara ketika Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Remaja Dunia di Johor Bahru pada 2009. "Tak sangka dia jadi begitu. Saya berkawan dengan dia sejak kecil. Mungkin kerana tekanan menjadi punca dia hilang arah. "Jika ada sesiapa yang berdekatan dan mengenali dia, tolonglah bantu dia. Mungkin pihak berwajib boleh menghulurkan bantuan untuk pulihkan kembali Asmawi," katanya. Asmawi yang berusia 36 tahun, meninggalkan kerjaya sebagai pemain hoki dan memilih untuk pulang ke kampung ketika usianya sekitar 25 tahun. "Saya dimaklumkan ini kali kedua dia menjadi begitu. Lima tahun lalu kalau tak salah saya, dia dah sihat sebab ada yang bawa dia ke hospital untuk menerima rawatan. "Tak sangka hari ini dia kembali sakit. Saya harap sangat ada orang bantu dia kembali pulih," katanya. Sumber – BH |
seri_mawr replied at 9-5-2025 09:38 AM
tekanan hidup...
nak tnya...kalau muda2 iaitu masa sekolah main sukan...wakil negara..lepas umur2 g ...
kepompong replied at 9-5-2025 11:05 AM
KJ khalid jamlus pun dah sengkek sgt . Kan . Katanya... support family kena kuat
Sbnrnya apa kerj ...
seri_mawr replied at 9-5-2025 11:12 AM
kurang2 klu org kerja gomen ada pencen...
org kerja swasta ada epf (klu x slaah guna or kena scamm ...
kepompong replied at 9-5-2025 11:24 AM
Adik i keje gomen.. masa beli rumah buat loan maximum... iyolah dia tak pk lepas pencen kena tolak ...
seri_mawr replied at 9-5-2025 11:51 AM
uihs...jadi cikgu...dok bandar...jarang cikgu x pandai buat duit ni...
unless adik uols ajar PJ or ...
seri_mawr replied at 9-5-2025 09:38 AM
tekanan hidup...
nak tnya...kalau muda2 iaitu masa sekolah main sukan...wakil negara..lepas umur2 g ...
midori888 replied at 9-5-2025 12:05 PM
lama dulu meols pnh kenal dgn pemain bola negara bawah 16 tahun, ada gi main kat overseas, europe ...
kepompong replied at 9-5-2025 12:08 PM
Iye betul.. sepupu i pun macam tu.. keje bank, tapi tak keje pun kat dalam bank. Masuk keje buat e ...
kepompong replied at 9-5-2025 12:00 PM
Tak pe la u... adik i mmg tkde talent apa2 , kot ada talent macam2 blambak laki berkualiti nak kaw ...
pooh~key replied at 9-5-2025 01:38 PM
Lah kes bergaduh adik beradik rupanya sissy. elok juga kau lepaskan kat sini sissy. Jangan pend ...
ADVERTISEMENT