CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pamela Ling mungkin 'culik diri sendiri' - Ketua Polis KL

9-5-2025 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 860| Komen: 16



KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, pada 9 April lalu di Putrajaya, adalah rancangan yang dibuat wanita terbabit sendiri.

Elemen itu adalah antara intipati yang turut diambil kira pasukan siasatan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata beliau tidak menolak kemungkinan faktor itu, namun pada masa ini konteks itu masih berada dalam peringkat awal siasatan.

"Kita tidak dapat mengesahkan kesahihan perkara ini, namun ia turut diambil kira dalam elemen siasatan kita.

"Berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), polis mendapati mangsa mengikut arahan suspek yang melarikannya tanpa berlaku sebarang pergelutan dan situasi pergerakan penculikan berjalan lancar.

"Pada masa ini, kita menyiasat dari semua aspek sama ada kes ini benar-benar satu penculikan atau sesuatu yang dirancang oleh mangsa sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.


Berita lanjut menyusul

Sumber  – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 10-5-2025 12:33 AM
pelik kes ni
Quote Perils 10-5-2025 07:46 AM
Bila dah keluar statement cani, aku plak rasa dia betul2 diculik.Laju plak "siasatan" dorg
Quote mejaputih 10-5-2025 08:01 AM
Knp dgn gigi dia?
Quote lipans 10-5-2025 08:06 AM
jangan dalam tong simen sudah.
Quote Prickford 10-5-2025 08:45 AM

Ada satu gigi kecik kalau tengok gambar high res
Quote Prickford 10-5-2025 08:47 AM
Perils replied at 9-5-2025 11:46 PM
Bila dah keluar statement cani, aku plak rasa dia betul2 diculik.Laju plak "siasatan" dorg

Yg tak nampak diculik atau menculik, boleh plak ada conclusion. Yg kena simbah acid, siap ada video footage cctv, kes jadi NFA. Gila.
Quote mejaputih 10-5-2025 09:24 AM
Prickford replied at 10-5-2025 08:45 AM
Ada satu gigi kecik kalau tengok gambar high res

Kata datin seri....knp tak baiki gigi tu hihi
Quote royaldanish 10-5-2025 09:29 AM
mejaputih replied at 10-5-2025 01:24 AM
Kata datin seri....knp tak baiki gigi tu hihi

itu dia punya ong heng heng lai
Quote mejaputih 10-5-2025 09:31 AM
royaldanish replied at 10-5-2025 09:29 AM
itu dia punya ong  heng heng lai

Haha maybe kot..atau sbnrnya gigi emas..
Quote TeropongThaico 10-5-2025 09:38 AM
Patut brlum sahih polis tak leh le buat conclusion gini... Tak semua org akan ambil tindakan yg sama nak2 kalau libatkan nyawa. Dia diugut bakal kehilangan nyawa dia sendiri atau org tersayang mungkin. Kalau aiol pun mengekor je kalau dlm keadaan gitu tp tu le takat ada jutaan rupiah je mcm aiol ni sapa je la nak culik... Selamat
Quote Prickford 10-5-2025 10:24 AM
mejaputih replied at 10-5-2025 01:24 AM
Kata datin seri....knp tak baiki gigi tu hihi

Ada orang duit banyak berkoyan2. Tapi bila kena cabut gigi, terus kecut. Tapi serious, gigi berlapis, kecik besor, kecik besor, tajam sana sini ni mmg tak cantik.
Quote Prickford 10-5-2025 10:27 AM
mejaputih replied at 10-5-2025 01:31 AM
Haha maybe kot..atau sbnrnya gigi emas..

Gigi bawak tuah kot.

Datin Seri Gigi Pamela.jpg

Quote mejaputih 10-5-2025 11:08 AM
Prickford replied at 10-5-2025 10:24 AM
Ada orang duit banyak berkoyan2. Tapi bila kena cabut gigi, terus kecut. Tapi serious, gigi berlap ...

Itu la..sbb gigi dpn dan obvious
Quote limesherbet 10-5-2025 12:14 PM
tak semua akan melawan in that situation.....yg faham apa yg tak sepatutnya buat dlm keadaan gitu tahu yg nyawa di hujung tanduk..melawan trus putus nyawa
Quote Skuau 10-5-2025 12:21 PM
ACIK2 FORUM lama 'dah fikir camtu'....cuma........
Quote ninja boy 10-5-2025 11:25 PM
Agak2 dah keluar malaysia jalan tikus sama spt jho low, duduk china sana muka operat baru indentiti baru

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041998 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top