CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asap putih muncul di Vatican, tanda paus baharu dipilih

9-5-2025 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1277| Komen: 30

 


LONDON: Asap putih keluar dari serombong Kapel Sistine pada Khamis, menandakan pemilihan paus baharu telah dibuat, lapor Anadolu Ajansi.

Paus baharu dijangka membuat kemunculan tidak lama lagi di balkoni yang menghadap Dataran St Peter untuk menyampaikan ucapan sulung kepada orang ramai.

Seorang kardinal kanan akan mengesahkan pemilihan itu menerusi pengumuman tradisional "Habemus Papam", bermaksud "Kita sudah mempunyai Paus" dalam bahasa Latin.

Beliau kemudian akan memperkenalkan nama gelaran yang dipilih oleh paus baharu itu, sekali gus menandakan permulaan bab kepimpinan baharu di Vatican.

 


Konklaf paus pertama yang diadakan di Kapel Sistine adalah pada 1492 - tahun yang sama Christopher Columbus tiba di Amerika. Pada pertengahan abad ke-13, proses pemilihan paus pernah mengambil masa hampir tiga tahun. Pada 2013, Paus Francis dipilih selepas lima undian dalam tempoh dua hari.

Francis meninggal dunia pada 21 April lepas pada usia 88 tahun selepas mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk serangan jantung. – BERNAMA-ANADOLU


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-5-2025 09:41 AM
paus ni kira macam imam besar masjid or level2 mufti ke uols?
Quote zarulnazmi 9-5-2025 11:57 AM
prince_marhaen replied at 9-5-2025 09:41 AM
paus ni kira macam imam besar masjid or level2 mufti ke uols?

Level imam besar masjid negara merangkap ketua agama negeri-negeri jajahan.



Quote ayukpingu 9-5-2025 01:04 PM
Edited by ayukpingu at 9-5-2025 05:06 AM
prince_marhaen replied at 9-5-2025 01:41 AM
paus ni kira macam imam besar masjid or level2 mufti ke uols?

Paus ni ketua pemimpin Kristian sedunia. kalau dlm Islam ia seperti Khalifah ( pemimpin agama islam)
Quote Farnor 9-5-2025 01:05 PM
Paus terbaru terpilih asal dr Amerika kan terbaco dlm grop chat.. Betul ke tak tu?
Quote cikdot 9-5-2025 01:27 PM
Farnor replied at 9-5-2025 01:05 PM
Paus terbaru terpilih asal dr Amerika kan terbaco dlm grop chat.. Betul ke tak tu?

baca kat awani tadi. betul la dari US. tapi idok la meols tahu apa2 pasal dia ni. kat google ada la kot
Quote Farnor 9-5-2025 01:50 PM
cikdot replied at 9-5-2025 01:27 PM
baca kat awani tadi. betul la dari US. tapi idok la meols tahu apa2 pasal dia ni. kat google ada l ...

Yap nanti d Google Hehehe.
Quote rospinki 9-5-2025 02:10 PM
tanda berasap tu apakah tandanya
Quote kucingitam 9-5-2025 02:22 PM
rospinki replied at 9-5-2025 02:10 PM
tanda berasap tu apakah tandanya

asap putih tanda pope baru dah dipilih. kalau asap hitam maknanya drg tak capai kata sepakat lagi.. - Sumber: Filem Angels & Demons
Quote cikdot 9-5-2025 02:26 PM
rospinki replied at 9-5-2025 02:10 PM
tanda berasap tu apakah tandanya

cardinals from all over the world datang vatican utk undi. sampai dapat majoriti gitu lah. selagi tak dapat the numbers aku tak ingat 2/3 ke apa, they all akan bakar kertas undi tu & letak something yg akan buat asap yg keluar dari chimney tu jadi hitam. it can take days. orang kat luar akan tahu, kalau hitam belum dapat majoriti. kalau keluar asap putih maksudnya dah dapat pope baru. gitulah tradition nya sejak jaman dulu2 lagi
Quote alesandra 9-5-2025 03:02 PM
Macam langit bumi education  background dgn pope lps.pope dulu bouncer .pope skrg ada degree science mathematics
Quote rospinki 9-5-2025 03:17 PM
kucingitam replied at 9-5-2025 02:22 PM
asap putih tanda pope baru dah dipilih. kalau asap hitam maknanya drg tak capai kata sepakat lagi. ...

ooo igtkan asap putih tanda keramat bakal pope terpilih
Quote rospinki 9-5-2025 03:19 PM
cikdot replied at 9-5-2025 02:26 PM
cardinals from all over the world datang vatican utk undi. sampai dapat majoriti gitu lah. selagi  ...

Terimas diatas penerangan yg lengkap. akak igtkan sesuatu yg ajaib petanda pope terpilih.
Quote Skuau 9-5-2025 03:39 PM
rospinki replied at 9-5-2025 03:19 PM
Terimas diatas penerangan yg lengkap. akak igtkan sesuatu yg ajaib petanda pope terpilih.:loveline ...

nengok jer la filem 'Angels & Demons' kat Netflix tu...acaner depa pilih...pope.
Quote rospinki 9-5-2025 03:48 PM
Skuau replied at 9-5-2025 03:39 PM
nengok jer la filem 'Angels & Demons' kat Netflix tu...acaner depa pilih...pope.

brad pit dgn sapa nama lagi sorg tu? netflix dah takde skrg layan Max..smlm tgk doubt pasal paderi dan nun jgk tapi
Quote KamikuP 9-5-2025 03:50 PM
Asap putih tu dari apa ye cuolls? Korban dara kah?
Quote cmf_almondpecan 9-5-2025 04:04 PM
KamikuP replied at 9-5-2025 03:50 PM
Asap putih tu dari apa ye cuolls? Korban dara kah?

Sehingga 20 tahun lepas, bila cardinals mengundi, dan takde calon yang menang clear majority, kertas2 undi tu akan dibakar dengan jerami basah dan ditambah sejenis cecair damar tar bernama pitch so asap jadi hitam. Kalau ada majoriti, maka kertas2 undi tu dibakar dengan jerami kering dan keluar asap putih. Tapi sejak 20 tahun lepas, diaorang tambah juga bahan kimia supaya hitam tu hitam betul dan putih tu pun jelas dan terang warna putih. Takut kompius.
Quote cmf_PariS 9-5-2025 04:04 PM
tgk citer eurotrip pun paham terus hahahaa
Quote kechikchomel 9-5-2025 04:08 PM
rospinki replied at 9-5-2025 03:48 PM
brad pit dgn sapa nama lagi sorg tu? netflix dah takde skrg layan Max..smlm tgk doubt pasal paderi ...

bukan Tom Hanks ka?
Quote rospinki 9-5-2025 04:26 PM

ye kot..memory corrupted

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.109931 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top