CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita maut di Kesas terjun keluar van selepas bertengkar dengan suami

9-5-2025 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1586| Komen: 25|Original author: Raline


MAUT-KESAS-VAN.jpeg


KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang ditemui maut di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, di sini, kelmarin dipercayai terjun keluar daripada kenderaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa menghadapi pertengkaran dengan suaminya.

“(Mangsa) ini tidak berlesen dan terlibat dalam kemalangan. Semasa pertengkaran, si isteri beritahu nak terjun sebelum berbuat demikian dan suami meneruskan perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Rusdi berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kinrara, Puchong, Selangor, pada hari kejadian.

Katanya, suspek direman empat hari sehingga 10 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang wanita maut selepas dicampak dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.58 petang.

Menurutnya, mangsa berusia 44 tahun disahkan maut di lokasi oleh petugas hospital. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 8-5-2025 06:29 PM
Laaa dok dekat area situ je..
Boleh balik rumah buat tak tau ek..
Hati kering betul..
Quote Minami2013 8-5-2025 06:32 PM
Tekad betul isteri terjun keluar drpd kereta.. tekad jugak suami nya buat bodo terus balik rmh
Quote ninja boy 8-5-2025 06:41 PM
Laki bini gaduh2 terjun
Quote sukacactus 8-5-2025 10:08 PM
Tak larat dah kot idup dgn kaki stone
Quote B40tastePosh 8-5-2025 10:28 PM
Kaum apa ni?
Quote mejaputih 8-5-2025 10:44 PM
So bkn dicampak la kan..mmg terjun?
Quote TeropongThaico 8-5-2025 10:55 PM
Nekadnya terjun... Gaduh sampai mcm mana sekali tu
Quote Matyam 9-5-2025 12:26 AM
Memang da tekad sesangat. Kalau masih waras mesti dia pikir nak terjun kat traffic light ke, time keta slow ke. Ni time keta laju dia berani terjun, dia sendiri tau chances hidup 10%. Kalo ada anak mohon bertabah la.
Quote hyie 9-5-2025 02:04 AM
laki dia +ve dadah uols..
Quote shida81 9-5-2025 07:00 AM
B40tastePosh replied at 8-5-2025 10:28 PM
Kaum apa ni?

Cina rasenya tgk kt berita tt
Quote syamzana 9-5-2025 07:07 AM
hyie replied at 9-5-2025 02:04 AM
laki dia +ve dadah uols..

laaa patut la pun...harap takde anak
Quote bored_atticus 9-5-2025 07:33 AM
this is so sad.
Quote prince_marhaen 9-5-2025 09:45 AM

kalau tak sebut nama penuh, identiti, kerja apa, biasanya non malay lah kot.. kalau melayu dah sebut nama penuh asal mana kerja apa semua details sampai siapa jiran dia pun kalau boleh media sebut... hehe
Quote B40tastePosh 9-5-2025 10:41 AM
shida81 replied at 9-5-2025 07:00 AM
Cina rasenya tgk kt berita tt

Ooo ye tengok kat Ig dan Fb ramai konfius dengan datin cina yg hilang tu.
Quote B40tastePosh 9-5-2025 10:42 AM
shida81 replied at 9-5-2025 07:00 AM
Cina rasenya tgk kt berita tt

Cina pun kaki dadah ke?
Quote airfilterkotor 9-5-2025 04:48 PM
Engkorang kalau begadoh tak menyusahkan orang kat jalanraya buleh dak?
Dulu kes majuk benti tepi LPT acah² nak bunuh diri tengah jalan, last² orang lain yang bawak muto hilang nyawa.
Quote rospinki 9-5-2025 04:49 PM
mesti pompuan tu dah givap habis..dia pun taknk hidup dah agaknya dengan laki tu. tu yg nekad terejun. sedihla..
Quote primarikey 9-5-2025 07:27 PM
Tak silap smlm baca bdn mangsa luka teruk
Husben dia ke yg pukul dan dera mangsa
Quote Blessed_Servant 10-5-2025 04:34 PM
B40tastePosh replied at 9-5-2025 10:42 AM
Cina pun kaki dadah ke?

Gi penang, rumah2 flat low cost tu bwah th ramaiii dorang ni la yg dok lalok.tgok bwah komtar pn ada je situ.huhu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037992 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top