CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda, tali barut mengaku simbah cat rumah peminjam along

9-5-2025 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 522| Komen: 2|Original author: Raline


SIMBAH-CAT-MAHKAMAH-1536x1152.jpeg


BATU PAHAT – Empat orang suruhan sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat dan tampal notis ke atas rumah mangsa bulan lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Syed Najib Syed Mohamad, 33, Nurul Farah Syafiqah Abd. Aziz, 28, Mohamad Redzwan Mohd. Hata, 30, dan Cheong Wee Chen, 35, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Khalid Ab Karim.

Syed Najib yang juga juruteknik menghadapi enam pertuduhan, manakala Nurul Farah Syafiqah yang merupakan ibu tunggal berdepan empat pertuduhan. Mohamad Redzwan bekerja sebagai tukang masak pula didakwa lima pertuduhan dan Wee Chen yang bekerja sendiri dituduh tiga pertuduhan.

Mereka dituduh melakukan khianat dengan cara menyimbah cat dan menampal notis terhadap rumah dan kereta empat individu berusia antara 28 hingga 44 tahun. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Johor Bahru dan Kluang pada 1 hingga 9 April tahun ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala semua tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Tan Song Yan.

Bagi semua pertuduhan, Syed Najib dibenarkan jaminan sebanyak RM4,000, Mohd Redzwan RM3,000, manakala Nurul Farah Shafiqah dan Wee Chen masing-masing RM2,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 29 Mei dan 5 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula untuk fakta kes dan hukuman terhadap semua tertuduh. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 11-5-2025 01:06 AM
Melayu makin hilang iman dan agama demi wang. Padahal hidup di dunia ni sangat sekejap dan akhirat selamanya. Tergamak cari wang cara haram.
Quote gigahertz 11-5-2025 11:18 PM
Itzy: Melayu makin hilang iman dan agama demi wang. Padahal hidup di dunia ni sangat sekejap dan akhirat selamanya. Tergamak cari wang cara haram.

tak yang i tak paham apsal si cina tu along kan dah tahu banyak kes peminjam gagal bayar balik nak jugak
tanggung risiko bagi loan pada peminjam.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.044767 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top