CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Donald Trump Halau Rakyat Malaysia Balik, Siap Bagi ‘Oleh-Oleh’ USD1,000

9-5-2025 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1329| Komen: 14|Original author: Raline


vocket-donald-trump-halau-rakyat-malaysia-balik-header-1280x720.jpg


Rakyat Malaysia dan warga asing lain yang menetap secara haram di Amerika Syarikat digesa mengambil peluang daripada program amnesti negara itu dan pulang ke tanah air dengan membawa pulang USD1,000 (RM4,268).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat baru-baru ini melancarkan satu program untuk penghantaran pulang secara sukarela melalui aplikasi CBP One milik agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP), petik New Straits Times.

Program ini menawarkan bantuan kewangan dan dokumen perjalanan kepada sesiapa sahaja yang menetap secara haram di Amerika Syarikat bagi memudahkan urusan pulang ke negara asal masing-masing.

vocket-donald-trump-halau-rakyat-malaysia-balik-1-1050x781.jpg

Tawaran terbuka buat mana-mana warganegara, termasuk Malaysia

Dalam satu taklimat bersama wartawan dari rantau Indo-Pasifik hari ini, Penolong Setiausaha Hal Ehwal Awam DHS, Tricia McLaughlin, berkata tawaran tersebut terbuka kepada warganegara mana-mana negara yang menetap secara haram di Amerika Syarikat.

Beliau berkata, di bawah program ini, pendatang tanpa izin akan menerima elaun sebanyak USD1,000 selepas pengesahan atur cara perjalanan untuk keluar dari Amerika Syarikat.

Kerajaan Amerika Syarikat juga akan membantu dalam tempahan tiket dan/atau mendapatkan dokumen perjalanan yang diperlukan sekiranya diminta.

Katanya lagi, mereka yang tidak mengambil peluang daripada program ini, sekiranya ditahan oleh ICE dan dihantar pulang secara paksa, akan kehilangan hak untuk kembali ke Amerika Syarikat.

vocket-donald-trump-halau-rakyat-malaysia-balik-2.jpg

McLaughlin tidak dapat memberikan perincian statistik mengenai anggaran jumlah pendatang tanpa izin dari negara-negara di Indo-Pasifik yang berada di Amerika Syarikat ketika ini, mahupun jumlah yang kini berada di bawah perintah penghantaran pulang terakhir.

Bagaimanapun pada awal Februari lalu, US Immigration and Customs Enforcement (ICE) menyatakan seramai 435 rakyat Malaysia telah menerima final deportation orders (notis akhir penghantaran pulang) dan kini berada dalam senarai non-detain docket ICE.

Sumber
New Straits Times, Vocket


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 8-5-2025 06:24 PM
Hanis haizi apa cerita?
Takkan nak dok dalam inglewood sambil2 gurau2 dgn anak2 yang tak bagi respon tu?
Quote annehuda 8-5-2025 06:43 PM
Tapi secara jujurnya aku setuju la dgn tindakan Trump ni sebab dia target pendatang HARAM. Yg ni kite boleh follow kot
Quote Minami2013 8-5-2025 06:48 PM
shernazz replied at 8-5-2025 10:24 AM
Hanis haizi apa cerita?
Takkan nak dok dalam inglewood sambil2 gurau2 dgn anak2 yang tak bagi respon ...

Berapa org dah anak dia? Last meols masuk thread dia baru sorang.. yg mixed lah.. bukan anak melayu tulin
Quote Decaffeinated 8-5-2025 06:49 PM
Padan muka rakyat Malaysia.
... komen based on tajuk
Quote shernazz 8-5-2025 06:56 PM
Minami2013 replied at 8-5-2025 06:48 PM
Berapa org dah anak dia? Last meols masuk thread dia baru sorang.. yg mixed lah.. bukan anak melay ...

2 orang dah uols

Dua dua girls
Quote FOTHER-MUCKER 8-5-2025 07:00 PM
Ramai juga awal bulan dua lepas seramai 435 pendatang haram warga Malaysia.
Quote fattymah 8-5-2025 07:02 PM
Jangan kena hantar p rwanda dah
Quote mrseller 8-5-2025 07:47 PM
shernazz replied at 8-5-2025 06:24 PM
Hanis haizi apa cerita?
Takkan nak dok dalam inglewood sambil2 gurau2 dgn anak2 yang tak bagi respon ...

Inglewood? Tgh sibuk stone dgn snoop dog kot
Quote plywood 8-5-2025 08:32 PM


epic pic ni...
Quote syamzana 8-5-2025 08:40 PM
dah nape jd pendatang asing?
ni kes ketegaq xmau blk pasaipe??
perambat je mana2 yg duduk secara haram tu

pic trump tu mmg selayaknya dibagi penampar
Quote Dwdrum 8-5-2025 09:14 PM
Diam sekarang no more boycotte and protest... Bahahaha
Dahulu sembang babi boleh terbang...
Quote Zeelalala 8-5-2025 09:16 PM
Suka sgt nak jadi pendatang haram kat negara org.
Quote Dwdrum 8-5-2025 09:20 PM
Boleh jadi PATI di china... Acik and pocit forum kata china sangat maju
Quote TeropongThaico 8-5-2025 11:03 PM
Owhh yg tak halal je...
Ingatkan semua
Kusss semangat

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.043737 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top