ISLAMABAD: Pakistan berikrar akan menuntut bela dan memberikan tindak balas setimpal atas serangan berdarah yang dilancarkan India.
Perdana Menteri, Shehbaz Sharif menegaskan bahawa tentera Pakistan kini diberikan kuasa penuh untuk menyerang India.
Beliau menyifatkan India melakukan kesilapan atas serangan yang tercetus semalam dan perlu menanggung akibat daripada tindakan itu, selain Pakistan tidak akan berundur serta berikrar untuk membalas setiap titisan darah rakyat negara itu.
Amaran terbaharu Pakistan meletakkan ketegangan dua negara jiran yang memiliki senjata nuklear itu berlarutan dalam tempoh yang panjang tatkala Amerika Syarikat menggesa India dan Pakistan mencari penyelesaian diplomatik bagi mengelakkan konflik berskala besar. – REUTERS
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|