CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang lori ‘legend’ rempuh samseng minta wang tengah jalan

9-5-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 649| Komen: 2

 


JAKARTA – Seorang pemandu lori nekad merempuh samseng jalanan yang memeras wang daripadanya, membuatkan lelaki itu terpaksa berpaut pada cermin hadapan kenderaan sejauh beberapa meter, lapor laman berita Kalimantan Live semalam.

Berdasarkan sebuah video tular yang dimuat naik di laman Instagram, samseng jalanan itu berpaut pada cermin hadapan lori sambil merayu agar kenderaan dihentikan.

Menurut keterangan video, lelaki tersebut sebelum itu memeras wang daripada pemandu lori ketika dia melalui sebatang jalan di Sarolangun, wilayah Jambi.

Kegiatan meminta wang daripada pemandu-pemandu oleh individu secara rambang di tengah jalan atau dikenali sebagai ‘pungli’ kerap berlaku di Indonesia.

Enggan menuruti permintaan lelaki tersebut, pemandu lori sebaliknya menekan minyak, membuatkan samseng jalanan itu terpaksa berpaut pada cermin hadapan.


Lelaki yang ketakutan itu kemudian didengari menjerit sambil merayu agar lori dihentikan.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Pemandu lori ‘legend’,” kata seorang netizen.

“Tabik hormat! Akhirnya ada pemandu lori yang berani melawan pungli,” kata pengguna media sosial lain.

Selepas video itu tular, polis membuat rondaan di lokasi berkenaan dan menangkap samseng jalanan tersebut. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 9-5-2025 08:32 AM
K O N O H A at its best
Quote hiswife 9-5-2025 08:44 AM
Adan uke

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.030386 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top