CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita terselamat, kereta menggelongsor jatuh Sungai Kelantan dari atas feri

9-5-2025 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 737| Komen: 3




KUALA KRAI – Seorang wanita warga emas terselamat apabila sempat keluar dari sebuah kereta yang menggelongsor dari atas feri sebelum terjunam ke dalam Sungai Kelantan di Pangkalan Pasir Kelang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 60-an berjaya diselamatkan oleh suaminya yang menyedari kereta jenis Proton Saga itu tiba-tiba bergerak.

Pengerusi Feri Pasir Kelang, Mohamad Jaafar, 75, berkata, kejadian berlaku selepas pemandu kereta terbabit meninggalkan keretanya di atas feri itu untuk membayar tambang.

Menurutnya, lelaki itu menyedari keretanya bergerak sebelum berlari mencapai tali dan dilemparkan kepada isterinya yang sempat membuka pintu.

“Orang ramai turut membantu wanita itu daripada turut sama menggelongsor jatuh ke dalam sungai bersama kereta tersebut.


“Kereta itu dapat dibawa naik semula ke darat dengan menggunakan jentera berat kira-kira sejam kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohamad memberitahu, ia merupakan kejadian pertama yang berlaku di kawasan itu sejak perkhidmatan feri beroperasi di Pangkalan Pasir Kelang puluhan tahun lalu.

Difahamkan, kereta terbabit bergerak selepas wanita tersebut tertolak gear automatik kereta itu ke posisi neutral (N) selepas suaminya keluar.  

Sumber– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 9-5-2025 09:06 AM
Difahamkan, kereta terbabit bergerak selepas wanita tersebut tertolak gear automatik kereta itu ke posisi neutral (N) selepas suaminya keluar.

Laki dia tak tarik handbreak ke sblm turun
Quote prince_marhaen 9-5-2025 09:51 AM
"Difahamkan, kereta terbabit bergerak selepas wanita tersebut tertolak gear automatik kereta itu ke posisi neutral (N) selepas suaminya keluar."

Aku pakai Saga, kalau dia dah shift ke P (Parking), tak mungkin TERtolak ke N, sebab kena picit button kat gear knob tu baru boleh tolak ke N. P dengan N pun jauh P,R,N,D,S susunan dia. Kalau N ke D ke S tu ye lah tak perlu tekan button. And, tak tarik hand brake ke? Aiyoo pakcik..
Quote riyadhK 9-5-2025 04:02 PM
Definitely tak tarik hand brake la ni. Sbb sebelum ni tak pernah jadi pape kan so why border why border nak guna kan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.036866 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top