CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor FC harap keadilan buat kes Faisal Halim

9-5-2025 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 650| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC harap agar pemain sensasi, Faisal Halim diberikan keadilan selepas kes simbahan asid yang menggemparkan negara pada tahun lalu diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Gergasi Merah, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, pihak kelab tetap menaruh kepercayaan penuh terhadap pihak berkuasa walaupun siasatan kes tersebut ‘dihentikan’ susulan NFA.

Kata Johan, pihak pengurusan mahu terus memberikan sokongan kepada pemain sayap berusia 27 tahun itu untuk meneruskan karier dalam dunia bola sepak.

“Kami tidak mempunyai sebarang komen lanjut mengenai isu ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kelab, kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada Faisal.

“Kami turut berharap beliau akan mendapat keadilan sewajarnya, Insya-ALLAH. Kami juga sentiasa mendoakan agar Faisal kembali kepada prestasi terbaik demi kepentingan kelab dan skuad kebangsaan,” katanya.


Sebagai rekod, Faisal menjadi mangsa simbah asid pada 5 Mei tahun lalu oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya sehingga disahkan melecur tahap empat.

Namun, Faisal berjaya bangkit selepas menjalani beberapa siri pembedahan sebelum membuat kemunculan semula di atas padang bersama Gergasi Merah pada Ogos lepas.

Malah, Faisal turut dipanggil skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal, Mac lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 9-5-2025 08:49 AM
mOGA 'vvip' yg terlibat tu mati tak cukup tanah nak kambus
Quote pooh~key 9-5-2025 01:52 PM
KamikuP replied at 9-5-2025 08:49 AM
mOGA 'vvip' yg terlibat tu mati tak cukup tanah nak kambus

Ingat doa kau makbul kah sissy?
Quote pisanggoreng 9-5-2025 02:09 PM
Terlibat tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Quote alesandra 9-5-2025 02:16 PM
Semoga disempitkan rezeki anak beranak.susah urusan dunia akhirat pada pelaku.itu jela marhaen pacal yg hina mampoo
Quote cm_vungtau 9-5-2025 02:22 PM
Sampai kena simbah asid No Further Action katanyer. Aje bodow.
Quote cm_vungtau 9-5-2025 02:23 PM
Individu yang simbah tu tak tangkap ke? Bukan ke ada cctv bagai? Kalau CSI entah2 kes kecik aje ni siap ada cctv takyah pakai FBI ke haper pun
Quote KamikuP 9-5-2025 03:17 PM
pooh~key replied at 9-5-2025 05:52 AM
Ingat doa kau makbul kah sissy?

Sissy pooh~key.. kita hanya mampu berdoa sebagaimana Fattah berdoa dan Fattah Amin.
Quote pooh~key 9-5-2025 03:20 PM
KamikuP replied at 9-5-2025 03:17 PM
Sissy pooh~key.. kita hanya mampu berdoa sebagaimana Fattah berdoa dan Fattah Amin.

Fattah dan allah tersenyum sinis, manakala mekjura tersenyum kelat sissy.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.044835 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top