CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedekad bergelar anak seni macam tiada makna, penganjur tergamak tawar Caliph Buskers RM500 buat persembahan

8-5-2025 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 227| Komen: 3|Original author: tatod

1000030986.jpg



SEDEKAD bergelar anak seni, Caliph Buskers masih berdepan masalah bayaran apabila ada penganjur masih menawarkan harga rendah yang tidak setimpal.


Melihat perkara itu tidak sepatutnya berlaku, Caliph Busker menjelaskan harga ditetapkan mereka juga adalah wajar bagi memenuhi keperluan persembahan selain dibahagikan bersama tiga anggotanya.


“Satu dekad melalui jalan ini, kami tak pernah letak harga melampaui keperluan. Ada kalkulatornya termasuk untuk pengangkutan, tenaga kerja, latihan dan juga segala kos yang perlu.


“Setelah selesai dan dibahagi sesama kami, sama sekali tidak menjadikan kami mampu hidup bermewah. Cukup saja untuk kelangsungan hidup,” katanya.




Perkara tersebut dikongsi laman Instagram rasmi milik kumpulan ini pada Rabu.


Menerusi hantaran sama, Caliph Buskers turut memuat naik mesej beberapa pihak memberi tawaran harga tidak masuk akal termasuk serendah RM500.


Malah ada menawarkan bayaran tidak sampai RM1,000 bagi persembahan di luar Kuala Lumpur.




Kumpulan ini dianggotai oleh Azmi Saat selaku vokal, Nirwan (gitar) dan Zaki (bes).


Dalam nada kecewa, Caliph Buskers juga menganggap bayaran yang diterima jauh berbeza berbanding artis baharu.


Bukan minta dilayan seperti VIP tetapi mereka hanya berharap agar bakat dan seni diketengahkan dihargai dengan adil.


"Namun ada juga melabelkan harga kami tinggi. Mungkin mereka tak tahu, apa kami terima selalunya masih di bawah bayaran diberi kepada mereka yang baru menapak dalam industri, yang masih mencari rentak. Meski belum satu pun anugerah pengiktirafan di tangan mereka.


"Kami bukan minta bulan dan bintang mahupun layanan kelas VIP. Tetapi cukuplah kalau seni kami dihargai sewajarnya. Kerana dari situlah, kami menafkahi diri dan tanggungan," cerita mereka.




Dalam pada itu, mereka berharap pihak penganjur lebih peka selain menghargai bakat serta usaha mereka untuk terus memperjuangkan bakat dalam industri seni.


“Setiap melodi kami mainkan dan setiap lirik kami nyanyikan datang bersama semangat dan keikhlasan.


“Disertai usaha yang tak pernah putus meskipun dibatasi kekangan kami miliki. Kami langgar batas keterbatasan demi menjalani kehidupan.


"Apa kami harapkan hanyalah sebuah penghargaan yang jujur dan adil terhadap usaha dan seni yang dibawa kerana di sebalik perjalanan kami, ada perjalanan tidak ramai sanggup tempuh," jelas kumpulan itu. - mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-5-2025 05:08 PM
Patutnya lagi mahal, logistik untuk warga OKU sangat renyah ye...macam2 diorang kena handle...
Rm500 tu nak bersiap sendiri pun susah, nak hire stylist or MUA ke lagi lah takde bajet... kesian...
Quote L.U.S.M 8-5-2025 09:28 PM
Femes pun sbb edry
Klu xkena kutip dlu masih menyanyi kat depan sogo kan
So kena la sedar diri

Quote acikonion 9-5-2025 07:31 AM
Kalau x nak ambil 500 tu, ada je penyanyi lain yg sanggup terima offer tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.031634 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top