CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hindar neraka al-Hutamah, Nora jual semua kasut tumit tinggi

8-5-2025 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4162| Komen: 78|Original author: tatod

1000030839.jpg



PETALING JAYA – Sedar akan keburukan menyimpan barang tidak digunakan, pelakon Nora Danish menjual kesemua koleksi kasut tinggi berjenama yang jarang dipakai.


Berkongsi lanjut, Nora atau nama lengkapnya Nora Danish Mohd. Haniff, 43, memaklumkan hasil jualan tersebut akan digunakan sebaik-baiknya termasuk bersedekah.


“Saya refleks balik diri saya, apa yang tak pakai dekat rumah dan simpan. Saya ‘let go’ (lepaskan).


“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah.




“Mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Semoga bermanfaat,” katanya dalam InstaStory.


Tindakan menjual barangan peribadi bermula selepas pelakon filem Sayu Yang Syukur itu menghayati pembelajarannya tentang surah al-Humazah yang mana golongan melebihkan harta akan turut dimasukkan ke neraka.


“Pagi tadi (semalam) saya ulang kaji apa yang belajar dekat kelas, terbuka surah Al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah.




“Neraka ketiga kebawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan al-Hutamah.


“Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah,” ujarnya.


Tahun lalu, Nora mengakui rutin menghadiri majlis ilmu menguatkan keinginannya untuk bertudung.


Ibu kepada dua anak itu semakin aktif berkongsi momen tenang dan penuh makna dalam media sosial sejak penampilannya yang lebih sopan. – KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 8-5-2025 09:39 PM
Tak payah la holier than thou..klu dh 10tahun ko istiqomah then blh la nk sembang lebat ni setahun pun xsmpi...geli taik tinge wehhh
Quote noor2 8-5-2025 09:41 PM
Usahla over sangat nora oiiiii....ko beribadat lebih elok senyap2 tayang dgn Allah saja dari Riak bangga tayang kat manusia lain.
Quote 8Queen8 8-5-2025 09:50 PM
Terpaling yah
Quote BlackpingU 8-5-2025 09:54 PM
Nak beribadah tu senyap2 jer lah....tak payah canang.... eh tak canang nanti org tak tau pulak..ye tak?
Quote Piramida 8-5-2025 10:12 PM
Takut pulak kita nyooo nengok... Lek2 je patutnya kan seiring usia penghijrahan baru bulan2 jagung.
Moga istiqamah lah yer.
Quote cm_vungtau 8-5-2025 10:28 PM
Kosser aku retis kalau berhijrah. Belum berhijrah dah cukup annoying, lepas berhijrah double annoying
Quote Aribaariba 8-5-2025 10:55 PM
Lg 2 thn, bertabah kah kau utk x pakai bergaya mahal mcm neelofa seketika ritu? mengetatkan pakaian semcm erra fazira, ziana zain wpun dah bertudung? Berkaler2 pakaian singkatkat tudung atas dada seperti..hmm... terlalu byk retis yg buat.
We appreciate silence mcm yg dipotray oleh mizz nina, norkumalasari, nurkhiriah pun ok la jugak..n a few others.
However, this nora punya cerai yg 2nd ni mmg membuatkan momentum yg hebat at least dr segi penampilan. We dont deny that. X sangka. N dia blh hafal al mulk. Hebat.
But, kurangkan la keluar sttmnt. Mizz nina wout sttmnt byk2 sgt, we notice perubahan dia. Wout u saying anything but potray more of a good example, now thats real deal
Quote Zeelalala 8-5-2025 10:59 PM
Over la minah ni. Bosan
Quote lazim 8-5-2025 11:00 PM
Setiap kli dia beramal mesti dia bgitau. Lm2 nnt dia yg tension
Quote sharlenetexas 8-5-2025 11:10 PM
#doneterawih


Quote TeropongThaico 8-5-2025 11:18 PM
Alhamdulillah
Gitu aiol sambut sambil memandang baju2 aiol... Ehhh aiol simpan utk nanti2 bila tiba masanya
Quote Minami2013 8-5-2025 11:24 PM
Bagus la sharing is caring ilmu. Tapi sheols lupa kot part perempuan mekap dan buat aksi2 depan kamera tu hukum nya apa. Walaupun comel jugak la dgn filter bertingkat tingkat tu
Quote mawarberbisa 8-5-2025 11:24 PM
dia nk jual tu jual jelah.. kena kasitahu reason sekali ke camne?

bukan main berhijrah tudung labuh tapi buat video masih lagi dgn jelingan manjah dan bibir ghairah mugil gitu. kau pegi usrah tak belajar ke bab tu nowa?

tapi dia ni kesayangan acik porum. maleh aku
Quote Cece1234 8-5-2025 11:36 PM
Nape jual? I bagi free je kat org sume baju2 yg iolls rasa dah xsesuai dgn usia iolls skrg ni..
Quote miss_white 8-5-2025 11:57 PM
Aku bg free je baju2 aku kt org.xde nk jual pun.nk sedekah guna lah wang lain..apa ko xde wang ke nk sedekah sampai kena jual kasut tinggi berjenama ko tuh.
Baik ko bg free je.itu pun kira sedekah juga
Quote naina 9-5-2025 12:22 AM
Adoiiii. Dia ni berapa kali dah cerita penghijrahan dan perkara2 ibadah yang dia buat. Ko buat senyap2 boleh tak. Orang lain dah lama tau dan buat. Lama2 susah nak istiqamah bila jo selalu bercerita.
Quote dedek12 9-5-2025 01:06 AM
Mahei dak dia jual tu??? Harap istiqamah lah yer
Quote hyie 9-5-2025 02:28 AM
orang tanya dia jawablah. Sekadar berkongsi.
Quote Orenn1 9-5-2025 03:27 AM
Overnya acik mynmar rohinggya ni, acah2 terpaling berhijrah. Benda ni personal ko dgn Tuhan tak perlu jaja. Hantar balik mynmar baru tahu, byk sgtt mulott dia. Huh  nak mintak pujian ke apa

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.097078 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top