CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Masak Apa Hari Ini?', Lebih Ramai Tanya Riezman Khuzaimi Pasal Masak Banding Karier

8-5-2025 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 434| Komen: 4|Original author: tatod

1000030830.jpg






Pelakon, Riezman Khuzaimi, 55, yang aktif membuat sesi 'live' di TikTok memaklumkan pengikutnya lebih berminat bertanyakan menu masakannya berbanding perkembangannya dalam industri hiburan tanah air.

Riezman berkata, pengikutnya sudah maklum setiap hari dia memasak di rumah memandangkan dia kurang gemar menikmati hidangan di luar.

"Saya memang memasak setiap hari kerana kurang gemar makan di luar. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam memang saya sediakan sendiri. Kalau ada waktu minum petang pun, saya akan masak juga.

"Sepanjang tiga tahun menjadi 'live host' setiap kali saya melakukan 'live', pasti ada yang bertanya mengenai perkembangan industri hiburan, tetapi soalan paling kerap diajukan ialah, hari ini masak apa? Kalau ada hari saya rasa malas, saya cuma masak nasi dan goreng telur.


"Hidangan ringkas seperti nasi, telur dan kicap. Tapi yang menariknya, itulah yang penonton nak tengok. Saya kongsi sebagai kandungan dan mereka suka.

"Sebagai tukang masak, sayagemar pelbagaikan menu. Apa yang saya masak pula, ramai kata mudah dan mereka sendiri ikut resipi saya," katanya.


Menurut pelakon filem Congkak ini, ramai dalam kalangan pengikutnya di TikTok mengakui tidak mahir memasak dan menjadikan resipinya sebagai rujukan utama di dapur.


"Saya anggap kandungan saya kongsikan sebagai satu cara membantu pengikut yang menonton sesi 'live' saya agar mereka boleh belajar memasak.


"Ada yang pernah beritahu mereka tidak tahu nak buat nasi beriani, jadi saya kata, 'Okay, esok kita masak nasi beriani sama-sama.'


"Saya akan masak dalam kuantiti kecil sebab saya makan seorang. Tapi kalau buat lebih, saya jemput kawan datang makan.


"Biasanya, saya teruskan sesi 'live' sampai masakan siap dan hanya tamatkan selepas kawan datang dan kami makan bersama," katanya.

Pada masa sama, Riezman berkata, sebagai selebriti dia ingin memanfaatkan platform yang ada untuk dorong pengikutnya mengikuti perkara berfaedah dan memberi nilai positif.


"Siaran 'live' saya lebih kepada mendidik mereka agar tidak menyalahgunakan media sosial. Bila saya kongsikan kandungan begini, mereka suka. Kadang-kadang, kalau saya tak masak pun, saya cuma bancuh kopi sambil berbual dan selitkan sedikit nasihat. Menariknya, mereka terinspirasi dan mahu ikut.


"Kadang-kadang saya kongsi ilmu kepada mereka dari segi keusahawanan. Selain itu, saya seorang 'coach' yang membimbing para usahawan.


"Saya tekankan kepada mereka dalam menjalankan perniagaan, fokus bukan semata-mata pada produk, tetapi pentingnya aspek penjenamaan dan strategi perniagaan yang betul.


"Saya berkongsi ilmu secara percuma di TikTok, sedangkan kalau mereka sertai kelas saya, itu berbayar. Tapi di platform ini, saya beri secara percuma sebagai perkongsian ikhlas," katanya. - HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 8-5-2025 03:06 PM
dia ni masih berbini atau dah menduda?
Quote kechikchomel 8-5-2025 03:13 PM
Edited by kechikchomel at 8-5-2025 03:15 PM
tokchik replied at 8-5-2025 03:06 PM
dia ni masih berbini atau dah menduda?

masih berbini kot...kat benang ni dia kata 'isteri saya'
<a href="‘Saya tak galakkan keluarkan organ, menyeksa jenazah’-Riezman Khuzaimi https://b.cari.com.my/forum.php? ... amp;fromuid=1801576 (出处: CariDotMy)
Quote Lampuled 8-5-2025 09:28 PM
Suka tgk juga dia masak². Mgkin boleh ketengahkan bakat memasak tu. Skrg org minat content masak² tu.
Quote kaedahnya 12-5-2025 09:59 PM
Kebetulan dalam cerita baik punya cilok Tu dia jadi boss jahat suka masak asam pedas

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.165266 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top