CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tempahan lembu korban Jamal Abdillah laris

8-5-2025 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 365| Komen: 2|Original author: tatod

1000030827.jpg



BAGAN SERAI: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah yang mengusahakan ternakan lembu secara komersial di Bukit Merah dekat sini sejak 2023 menyediakan 200 ekor lembu untuk ibadah korban tidak lama lagi.


Menurut seniman berusia 66 tahun itu, kebiasannya beliau menerima tempahan untuk tujuan ibadah korban daripada pihak korporat, jabatan dan agensi kerajaan serta orang perseorangan.




“Alhamdulillah tempahan lembu korban sangat baik tahun ini. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelanggan yang sebelum ini pernah membeli lembu dengan saya.


“Biasanya mereka ambil sekali banyak, lebih daripada lima ekor supaya mudah untuk dihantar. Mereka terdiri daripada pelanggan tetap yang sudah biasa membeli lembu dengan saya, bukan sahaja lembu untuk sembelihan korban tapi juga untuk jualan hari biasa.


“Kalau ikutkan bilangan lembu di tempat saya bukannya banyak sangat tapi mereka membeli dengan saya kerana mahu memberi sokongan kepada saya yang baharu menceburi bidang ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.




Mengenai penglibatannya dalam bidang ternakan, Jamal berkata, beliau mahu menyahut seruan kerajaan untuk memperkasakan keterjaminan makanan negara.


Katanya, dalam masa sama beliau juga tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bidang nyanyian sebagai sumber pendapatan.


Jelas Jamal, bermula dengan hanya 25 ekor lembu dan ladang seluas dua hektar, kini ternakannya semakin bertambah lantas memberi semangat kepadanya untuk meneruskan perniagaan itu.




“Saya juga menyertai jualan murah di beberapa tempat termasuk di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng sejak seminggu lalu dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak yang menawarkan harga daging lembu di bawah harga pasaran.


“Keprihatinan pelbagai agensi kerajaan membantu saya dalam bidang ini terutama segi khidmat nasihat untuk menjadi penternak yang berjaya dan maju,” katanya. – UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketupatnasi 8-5-2025 10:03 AM
Mula dengan 25 ekor tahun 2023...pastu tahun 2025, tak sampai 2 tahun dah boleh supply 200 lembu dewasa utk korban.
Ni bukan pentornak lombu ni bang. ni transit lombu yo namo eh. namo lain eh pusat asuhan lombu. wartawan puuunnnnn...

apo pun semogo berjayo yo bam jamal...elok la dikombangkan laie harto yang ado tu untuk anak2 di jalan yang boto. senorok main dgn ladang ni. feel bolo anak lombu dari beranak kocik dgn boli dah separuh usio ni lain. dio sampai kau boleh nangis topi kandang kalau anak lombu kau kombong tak boleh tido mkn.
Quote L.U.S.M 8-5-2025 09:45 PM
ketupatnasi: Mula dengan 25 ekor tahun 2023 ...


Itula pasal...mcm mana 2tahun dari 25 ekor terus naik mendadak jadi 200 ekor
Bodoh reputs ni
JA plak klu nk membongak pun agak2 la..
Xsemua fail matematik

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.026961 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top