CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

‘Bapak siapa lagi macam ni?’-Anak Dedah Bapa Jadi Kaki 'Shopping Online' Lepas Pencen

8-5-2025 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 640| Komen: 18|Original author: tatod

1000030394.jpg



Gelagat seorang bapa yang sudah bersara dan kini menjadikan aktiviti membeli-belah dalam talian sebagai rutin hariannya telah mencuit hati netizen.


Menerusi satu hantaran di TikTok milik @_Pucellex, dia memberitahu, bapanya sangat teruja menerima setiap bungkusan yang dihantar oleh kurier, seolah-olah menunggu hadiah istimewa setiap hari.


“My father retirement activity is online shopping every single day (Aktiviti persaraan bapa saya adalah membeli-belah dalam talian setiap hari),” tulisnya di dalam video berkenaan.


Perkongsian tersebut turut dihujani ribuan komen lucu daripada netizen yang berkongsi pengalaman sama mengenai ibu bapa mereka.


“Bapak aku paku sebiji pun dia order online,” komen @Lyana.



“Tetapi ayah dia comel. Tambah-tambah masa senyum bawa ‘parcel’ tu,” kata @Nurulnabilah9015.


“Bapak saya lada kering pun beli kt online, comel.. nak marah pun aku tak jadi nak marah,” komen @Cempakakamelia. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 7-5-2025 11:32 PM
Sama dgn abah ai.aritu dia beli pokok kelapa.elok pulak hidup.ada beli kambing sekor.rempeyek.sardin.kelakar laa.
Cuma kdg2 ramai sgt scammer call.nasib la adik ada install true caller tu.
Quote acikonion 8-5-2025 08:37 AM
Aku vss 2020. Smpi skg bnyk btl brg know2 delivered. Laki aku sempat la dia order on9 ikan laga. Sampai beli rak display ikan laga. Mujur tak mati ikan laga tu
Quote prince_marhaen 8-5-2025 09:00 AM
Aku mak aku...bukan online shop lah...tapi dah pandai beli wow shop / go shop.... siapa ntah ajar dia scan QR code kat TV, pastu COD...hahahahaha asal aku balik je mesti ada parcel sampai....aku la yg kena bayarkan...walaupun dia kata ada duit kan... tapi pandai dia timing beli time aku balik kampung ye.. hahahahahaha yang bukan2 je beli kadang2..
Quote L.U.S.M 8-5-2025 01:16 PM
hasniey: Sama dgn abah ai.aritu dia bel ...


Kambing hidup ke sis
Quote nadie90 8-5-2025 02:01 PM
Mcm bpk sy
Quote Prickford 8-5-2025 02:05 PM
Bapak aku la tu. Tapi bapak aku lama dah pencen. Tahun 2010. Skang kaki shopping online & kaki Netflix.
Quote dewi_rina 8-5-2025 02:32 PM
Arwah ayah i, apa-apa suruh i order, dia bagi duit suruh order.. Rindu lah!
Quote dewi_rina 8-5-2025 02:33 PM
acikonion replied at 8-5-2025 12:37 AM
Aku vss 2020. Smpi skg bnyk btl brg know2 delivered. Laki aku sempat la dia order on9 ikan laga. Sam ...

Hahaha ni akak office i lah ni, ikan laga dia order nya.. Hidup lagi ikan nya, i macam wow! Order ikan?
Quote dewi_rina 8-5-2025 02:34 PM
hasniey replied at 7-5-2025 03:32 PM
Sama dgn abah ai.aritu dia beli pokok kelapa.elok pulak hidup.ada beli kambing sekor.rempeyek.sardin ...

Dia beli kambing perap ke kambing hidup-hidup? Gila lah
Quote hasniey 8-5-2025 03:33 PM
dewi_rina replied at 8-5-2025 02:34 PM
Dia beli kambing perap ke kambing hidup-hidup? Gila lah

Dia beli kambing sekor.kedai tu diorg siap lapah packing apa semua.lepastu hantar by lori
Quote hasniey 8-5-2025 03:34 PM
L.U.S.M replied at 8-5-2025 01:16 PM
Kambing hidup ke sis

Kambing dh siap lapah.kedai dah packing siap2
Quote acikonion 8-5-2025 03:35 PM
dewi_rina replied at 8-5-2025 02:33 PM
Hahaha ni akak office i lah ni, ikan laga dia order nya.. Hidup lagi ikan nya, i macam wow! Order  ...

Ye.. Sama la rasa wow ikan tu hidup lg. Masa tu laki suruh amek brg kalau ada yg hntr. Sian ikan tu x bernafas dlm plastik ikan tu dibalut ngan plastik hitam. Hahahaha... Gelap je penglihatan. Kalau ikan tu claustrophobic msti dia rasa sesak nafas
Quote dewi_rina 8-5-2025 03:46 PM
hasniey replied at 8-5-2025 07:33 AM
Dia beli kambing sekor.kedai tu diorg siap lapah packing apa semua.lepastu hantar by lori

Oh faham, dah siap lapah.. Terkejut i ingat sampai2 sekor mcm tu, teringat kambing yg aneh
Quote L.U.S.M 8-5-2025 03:46 PM
hasniey replied at 8-5-2025 03:34 PM
Kambing dh siap lapah.kedai dah packing siap2

Fuyooo...tp cmne nk tahu kambing tu bpe kilo etc

Baru tahu ada jual online mcm ni ye
Heheh
Quote dewi_rina 8-5-2025 03:47 PM
acikonion replied at 8-5-2025 07:35 AM
Ye.. Sama la rasa wow ikan tu hidup lg. Masa tu laki suruh amek brg kalau ada yg hntr. Sian ikan t ...

I macam shock kejap, ikan oh ikan so i ingat ikan mati lah nak masak ke apa kan.. Tapi kecik je packaging dia

Dia bukak kotak tu tunjuk kat i, i mcm what? Ikan? Ikan laga? Ada eh hahahaha kesian i ketinggalan, opismate i tu gelak je tengok i.. Masalahnya org lain pun terkejut ok
Quote hasniey 8-5-2025 10:37 PM
L.U.S.M replied at 8-5-2025 03:46 PM
Fuyooo...tp cmne nk tahu kambing tu bpe kilo etc

Baru tahu ada jual online mcm ni ye

Tah ek xtau kira kilo mcm mana.estimate je kot.ai pon xpasti abah ai beli fb ke shopee ke tiktok
Quote PULANGKAN 8-5-2025 11:28 PM
mak bapak iols sama2 layan tiktok. mana ntah belajar. baring kat katil waktu tengahari, lepas tu kalau nak order apa2, bapak bagi tau kat mak. mak pun masuk dalam cart. mak iols memang sentiasa tekan barang masuk dalam cart

lepas tu rumah memanjang la dingdong dingdong, parcel sampai
tisu kotak pun beli online buat ape? radio kecik RM10, bunyi macam separuh abad. guna 2-3 kali, jahanam, masuk tong sampah. makanan tok sah cakap la, segala jenis makanan viral, diorang dah rasa dulu.

kadang2 rasa diorang pencen diorang habis kat online shopping je
Quote sayawifenikmie 9-5-2025 01:24 AM
................ bior le deme shopping ... saya pun sama  

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.071796 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top