CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bergaduh pasal pasangan hidup, simpan saja dalam hati,'- Raf Yaakob

8-5-2025 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 120| Komen: 1|Original author: Raline

1.png


Pernah melalui episod duka dalam rumah tangga, ahli perniagaan Raf Yaakob kurang senang dengan tindakan segelintir pihak menjaja aib perkahwinan dalam media sosial.

Raf atau nama lengkapnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 40, menasihatkan agar setiap individu menyimpan kemas kisah peribadi.

“Benda fasal pasangan hidup, tidak kisah lah masih bersama atau tidak, simpan saja dalam hati.

“Tidak perlu gunakan media sosial untuk luahkan atau gaduh.

“Saya faham kadang-kadang kalian nak beritahu sebab nak pertahankan diri sebab kena fitnah tetapi percaya pada saya, diam dan sabar saja,” katanya dalam Threads.



Dalam masa sama, adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu memaklumkan individu yang sabar akan menerima ganjaran sama ada di dunia mahupun akhirat.

“Kebenaran akan terungkap juga. Jika bukan kebenaran pun, kalian menang di akhirat.

“Hidup kita di dunia ini untuk kita cari bekalan akhirat. Kalau sabar salah satunya, maka biarlah begitu,” ujarnya.



Pada November 2023, bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid mengesahkan sudah berpisah dengan atas dasar tiada persefahaman.

Sehingga kini, kedua-dua mereka dilihat tidak memburukkan sesama sendiri walaupun sudah bercerai.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-5-2025 09:09 AM
mEOLLS tertanya tanya la kan, knp wartawan cari ni suka sgt siarkan berita/pendapat si raden ni..dia ni retis ke pon... ada connection ke apa? - tanyaku berprasangka

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.058774 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top