CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga kebab sotong cecah RM100

7-5-2025 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 443| Komen: 7|Original author: Raline

1.png


LONDON – Sebuah restoran di London, Britain menjual kebab sotong gurita pada harga £17.50 (RM98) sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial, lapor laman berita MailOnline semalam.

Restoran Pescobar di Pasar Camden itu turut menjual hot dog sotong dengan harga sama.

Menu tersebut menjadi perdebatan di media sosial selepas pencipta kandungan di platform TikTok dikenali sebagai Olivia, memuat naik video yang memaparkan dia menikmati makanan itu.

Olivia menyukai konsep itu dan membeli kebab tersebut beserta makanan sampingan, kentang goreng.

Namun, tidak semua yang sependapat dengan Olivia.

“Tidak dapat bayangkan bagaimanakan tekstur seekor sotong gurita yang dimasak secara perlahan sepanjang hari,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen memberikan komen: “Ini sangat menyedihkan, sotong gurita adalah haiwan yang sangat pintar dan tidak boleh disembelih atau diternak.”

Sumber:Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 6-5-2025 11:53 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-5-2025 08:00 AM

Kali pertama saya dengar kebab sotong. Mesti orang Malaysia punya bisnes ni!

Pada tahun sebelum 2000 harga lamb shawarma masih lagi -£2 kemudian naik ke £2.05..£2.20 ….. sehingga sebelum Covid19 harga masih lagi dibawah £3 iatu £2.50+- , Selepas Covid19 naik ke £5, hanya sekali saya beli sewaktu harga dinaikan ke £5. Lebih kurang 2 bulan lepas saya tengok harga sudah di naikan sehingga £6 untuk saiz kecil dan £7 untuk saiz besar.
Quote B40tastePosh 7-5-2025 01:32 AM
Macam mana nak sembelih sotong kurita?
Quote nisako 8-5-2025 07:57 AM
sotong ?? mcm mmcm la
Quote lo_la 8-5-2025 08:10 AM
Tak liat overcooked ke?
Quote midori888 8-5-2025 08:14 AM
FOTHER-MUCKER replied at 6-5-2025 11:53 PM
Kali pertama saya dengar kebab sotong. Mesti orang Malaysia punya bisnes ni!

Pada tahun sebelum 200 ...

wah mahalnya skrg...
Quote Dwdrum 8-5-2025 08:19 AM
Kenapa la convert...
Quote syirazee 8-5-2025 08:19 AM
Sotong kalau besar sgt bukan liat ke..tak sedap.Isi tak manis selalunya.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.031109 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top