CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita mati dicampak dari van di tengah-tengah highway

7-5-2025 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2105| Komen: 24|Original author: Raline

1.png


KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas dicampak dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.58 petang.

Katanya, pengadu memaklumkan ternampak wanita dicampak dan jatuh dari sebuah van sebelum kenderaan itu beredar.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 44 tahun dan beralamat di Menglembu, Ipoh disahkan maut di lokasi oleh petugas hospital,” katanya.

Berita lanjut menyusul.

Sumber:Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 6-5-2025 10:16 PM
Bukan pamela.. umur pamela 42 tahun
Quote white_musk 6-5-2025 10:24 PM
cari je van tu, cctv banyak kan... kat tol pun ada cctv
Quote Decaffeinated 7-5-2025 12:02 AM
Macam mana tau masa campak masih hidup?
Quote delsmomm 7-5-2025 09:48 AM
gilaaa...

main campak2 gitu je...

diorg ni dah x takut undang2 ke..
mcm duduk kat movie2 omputih dah zaman now ni..
Quote syamzana 7-5-2025 09:52 AM
dah nape campak kat jalan tghari buta dengan org dok lalu lalang?
dahsyat org skrg membunuh terang-terangan
Quote pooh~key 7-5-2025 10:06 AM
syamzana replied at 7-5-2025 09:52 AM
dah nape campak kat jalan tghari buta dengan org dok lalu lalang?
dahsyat org skrg membunuh terang-t ...

Satu klu, lesen besar sissy.

Either that, or just bodoh sissy.
Quote pocongkiutss 7-5-2025 10:43 AM
Decaffeinated replied at 7-5-2025 12:02 AM
Macam mana tau masa campak masih hidup?

Tak silap mcm ada saksi yg ckp camtu
Quote white_musk 7-5-2025 11:20 AM
syamzana replied at 7-5-2025 09:52 AM
dah nape campak kat jalan tghari buta dengan org dok lalu lalang?
dahsyat org skrg membunuh terang-t ...

sebab boleh claim mabuk/oku/dan stress apa nama tu yg gila tu.
Quote Decaffeinated 7-5-2025 02:04 PM
pocongkiutss replied at 7-5-2025 10:43 AM
Tak silap mcm ada saksi yg ckp camtu

Ya, baru baca kat Metro witness yang call 999 tu kata masih bernafas.

Quote midori888 7-5-2025 02:08 PM
along ke yg tangkap?
Quote Skuau 7-5-2025 02:19 PM
syamzana replied at 7-5-2025 09:52 AM
dah nape campak kat jalan tghari buta dengan org dok lalu lalang?
dahsyat org skrg membunuh terang-t ...

sb..hukuman mati dh mansuh....
Quote TeropongThaico 7-5-2025 06:06 PM
Jenayah skrg terang2 diarg buat ya...
Siang hari slumber2 gitu
Quote Sesuatu… 7-5-2025 07:49 PM
Ini yg matpet suaminya tu yg campak ke?
Quote KBW2 7-5-2025 07:54 PM
terinagt kes warga afreka kahwen melayu campak  cucu dari tingkap.
Quote edayildiz 7-5-2025 08:29 PM
ganaz betol
Quote Carcosa 7-5-2025 09:38 PM
Tgk Berita TV 3suku tadi, laki dia yg buat.
Dicampak nya bini dia segitu je, sbb diorang dok berkelahi. Laki sial dia tu pendadih. Positif dadih meth, amphetamine dgn apa tah satu lagi. Jantan keparat mcm ni, kasi tembak je dlm jail. Kasi mampos, habis cerita. Hina lebih drpd lipas sampah. Kang kasi lepas, adaaa je betina terdesak lain buat laki.
Quote syirazee 7-5-2025 11:38 PM
Angkara dadah memang bila dah lalok tak masuk akal dah tindakan yg dibuatnya.
Quote gigahertz 8-5-2025 12:07 AM
KBW2: terinagt kes warga afreka kahwen melayu campak  cucu dari tingkap.

tu dia nak rogol anak tiri dia yang berusia 22 tahun. tapi tak dapat dia ugut nak campak cucu dari tingkap.
ada gambar sambut birthday satu famili tersebar.

Quote nisako 8-5-2025 07:58 AM
siannye..........

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.045358 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top