CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami gigil isteri tanya harga joran

7-5-2025 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1157| Komen: 31|Original author: Raline

1.png


PETALING JAYA – Seorang lelaki mencuri perhatian apabila gelagatnya kelihatan seolah-olah ketakutan ketika menjawab soalan isteri mengenai harga joran yang baru dibeli.

Menerusi video di TikTok milik @Liyaxtl_, lelaki berkenaan dilihat meletakkan joran di tempat duduk belakang kereta sambil isterinya bertanyakan harga serta meminta resit pembelian.

Lelaki itu mendakwa joran tersebut berharga RM20 dan memaklumkan kepada isterinya bahawa resit telah dibuang.

“Dia baru beli batang pancing, dia kata RM20, tapi kenapa dia cuak?,” tulis pemilik akaun tersebut dalam video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi lelaki itu yang dilihat gugup sewaktu menjawab soalan isterinya.

“Dah buang tu mesti dah ‘rehearsal’ sebelum sampai kereta kan abang? Kau jangan nak gulakan akak kami,” komen @Rambo.

“Abang tunjuk jari dua tu, tapi tangan bergetar. Itu bukan RM20 tapi RM799 kak, tu la pasal buang resit,” seloroh @Pamelamellyy.

“Hahaha… Sebelum kena soal buang resit dulu. ‘Make sure’ (pastikan) transaksi semua tunai bang… Jangan ‘online banking’ (perbankan dalam talian) nanti mudah kena ‘trace’ (jejak),” kata @Muhdsyafique92.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 6,420 tanda suka, 269 komen dan 956 perkongsian.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 6-5-2025 10:49 PM
Walaupun utk content tapi kenapa normalize benda2 camni? Ko nak beli, beli ajelah. Dah kenapa nak kena approval dari bini ko?
Quote hyie 6-5-2025 11:40 PM
cam geli je lagi satu content yang pompuan tak penah salah..
Quote azimodin 7-5-2025 08:53 AM
Aku punya concept "my money my choice" tapi jangan sampai makan pakai anak bini x cukup. Aku pon kadang2 splurge jugak beli beg & barang kemas, laki aku diam je la sebab aku x kacau pon dia beli games.
Ada jenis lelaki gigih modify kereta tapi barang dapur pon berkira dengan bini.
Ada wife yang sibuk nak bergelang sampai siku tapi marah bila suami x mampu.
Ukur baju di badan sendiri
Quote pooh~key 7-5-2025 09:09 AM
IMG_6364.JPG

Akak letak gambar sampah, bersesuaian dengan isu semasa sampah sissy.

(Akak tak kata TT yang sampah yach sissy. Jangan salah faham sis. Akak kata isu ni yang sampah sis. TT cuma pos artikel jah sissy. Nak buat macam mana kan sissy? Dah ummah society sekarang yang sampah suka berita2 macam ni kan sissy… berita macam ni yang boleh buat duit apa boleh buat kan sissyyyyy….)
Quote hiswife 7-5-2025 09:18 AM
Tak faham jenis laki bini semua nak post kat public. Like ko sape nyah
Quote BungaKencana 7-5-2025 10:15 AM
trend ni da basi... dulu2 beli sport rim beli helmet..kau beli jela kalau nafkah semua cukup, nk takut ape
Quote aryyan 7-5-2025 10:17 AM
laki aku hantu ni. aku bleh gogel sndiri harga2 brg dia. mmg aku ckp. klo lepasni dia letgo. aku nk duit hasil tu. hahahahha.
my money is mine. your money oso is my money konsep nya.
Quote Thunderclouds 7-5-2025 11:04 AM
Konsepnya, duit dia lantak p lah. Tok laki aku pon suka mengail. Rod ngn reel tu beli asing2. Brand beshe2 shimano tu aje ha.
Quote Dwdrum 7-5-2025 11:56 AM
Biar lah laki ada hobby dari hobby gentel betina... Lebih costly...bini jenis tiada hobby ka apa...
Quote elnor_81 7-5-2025 12:52 PM
Lantak aa dia. Janji ble aku mntak duit..laki aku bg.
Quote TeropongThaico 7-5-2025 06:14 PM
Kalau makan pakai cukup
Bior le...
Quote grouper 7-5-2025 06:50 PM
Beli mahal2 smpai ribu2 tapi asyik kumpau je buat apa. Klau tengok nelayan punya setup pakai koyan atau tali pancing je xde rod n reel tapi ikan besar2 bas
Quote pooh~key 7-5-2025 07:10 PM
Wah sister @Decaffeinated bagi tacang kat akak sissy. Akak terharu sis…
Quote Decaffeinated 7-5-2025 07:15 PM
pooh~key replied at 7-5-2025 07:10 PM
Wah sister @Decaffeinated bagi tacang kat akak sissy. Akak terharu sis…

Kerana post berani mati akak. Kita tengok siapa yang report

Quote B40tastePosh 7-5-2025 07:15 PM
Dwdrum replied at 7-5-2025 11:56 AM
Biar lah laki ada hobby dari hobby gentel betina... Lebih costly...bini jenis tiada hobby ka apa...

Kalau laki dia beli batang dildo baru lah takut kantoi kan.
Quote vespa_oren 7-5-2025 07:54 PM
Dulu aku teringin nk beli ps3 sampai ps5 dah kuar pun aku x terbeli lagi, blm lgi motor idaman, kereta idaman
Quote edayildiz 7-5-2025 08:31 PM
ko kerja kn bang..lain la pakai duit bini..
kita kena respect pasangan kita nyer hobi
Quote airfilterkotor 7-5-2025 09:56 PM
Bini mengaibkan suami sendiri demi secangkir konten medsos.
Itu baru perihal joran sebatang.
Kat rumah kau tu tah macam² benda laki kau dah beli.
Silakan ungkit dan bubuh dalam medsos.
Quote slyfynx 8-5-2025 12:40 AM
Hanat ape isu semasa mende camnni?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042619 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top