CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Skype berkubur selepas 22 tahun

7-5-2025 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1023| Komen: 36|Original author: Raline

1.png


WASHINGTON – Perkhidmatan sembang internet dan panggilan video serta suara yang dimiliki syarikat Microsoft, Skype ditutup semalam selepas beroperasi sekitar 22 tahun, lapor agensi berita Anadolu.

Sekumpulan jurutera melancarkan aplikasi sembang popular itu sebelum Microsoft membelinya pada tahun 2011.

Pada 28 Februari tahun ini, Microsoft mengumumkan bahawa Skype telah mencapai penghujung hayatnya.

“Mulai Mei 2025, Skype tidak lagi boleh digunakan,” kata pengumuman itu.

Susulan itu, Microsoft menawarkan pengguna-penggunanya untuk log masuk ke Microsoft Teams Free menggunakan akaun Skype mereka untuk terus berhubung dengan semua rakan.

Skype diasaskan pada tahun 2003 oleh Niklas Zennstrom dan Janus Friis di Estonia, lapor agensi berita AFP.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-5-2025 12:24 PM
Bagus ler berkubur sbb kenakan cas kalau nak guna
Quote Decaffeinated 8-5-2025 02:54 PM
Baru teringat ada benda alah ni. Zaman sebelum ada whatsapp call dulu sangat membantulah. Teringat lagi call family dari Korea guna laptop. Sekarang rasa kuno gila.
Quote shernazz 8-5-2025 06:31 PM
Hahaha...
Konon skype colleague pasal koje
Padahal membawang je lebih..hahaha..
Quote ninja boy 8-5-2025 06:43 PM
Lupa kewujudan bendaalah ni
Quote Minami2013 8-5-2025 06:53 PM
Utk org ldr mmg berguna la skype ni.
Quote FOTHER-MUCKER 8-5-2025 07:31 PM
Ada tak pengganti Skype? Akan jadi susah setiap kali nak call bank, Chubb di Malaysia.
Quote FOTHER-MUCKER 8-5-2025 07:37 PM
KamikuP replied at 7-5-2025 08:24 PM
Bagus ler berkubur sbb kenakan cas kalau nak guna

Skype ke Skype percuma. Hanya ke landline ataupun hp baru dikenakan bayaran. Tetapi jauh lebih murah jika dibandingkan landline ke landline ataupu ke hp.
Quote Matyam 9-5-2025 12:28 AM
Lepas siap bbm ngan pakwe, sambung ke skype pulak. Kekonon tido sesama depan skrin. Aduila kenangan
Quote Orenn1 9-5-2025 04:09 AM
FOTHER-MUCKER replied at 8-5-2025 11:31 AM
Ada tak pengganti Skype? Akan jadi susah setiap kali nak call bank, Chubb di Malaysia.

Betullah, baru teringat psl tu, klu ada option lain bagitahu ye
Quote Orenn1 9-5-2025 04:10 AM
Matyam replied at 8-5-2025 04:28 PM
Lepas siap bbm ngan pakwe, sambung ke skype pulak. Kekonon tido sesama depan skrin. Aduila kenangan

Amboiiiii bukan main tido bersama dihububgkan skype ye
Quote syamzana 9-5-2025 07:21 AM
benda ni sgt berguna kat iols dulu call husband jauh nunn di sana lepas wujudnya yahoo messenger (eh ke lbh krg zaman sama?) sikit2 beralih arah iols then masuk wa (chat saje) lama2 blh call plak wa then video call.
kenangan betul 2008 psg streamyx dpt internet laju semata utk guna skype neh

Quote FOTHER-MUCKER 9-5-2025 08:56 AM
Orenn1 replied at 8-5-2025 12:09 PM
Betullah, baru teringat psl tu, klu ada option lain bagitahu ye

Ok.
Quote Matyam 9-5-2025 09:50 AM
Orenn1 replied at 9-5-2025 04:10 AM
Amboiiiii bukan main tido bersama dihububgkan skype ye

Iya sis oren, hanyut dibadai asmarahhhh gitu
Tq skype for ur service
Quote seri_mawr 9-5-2025 09:59 AM
teknologi berubah....selari dgn peredaran zaman...sikit hari lagi tak tahu apa yg ganti2..

Quote vanilacup 9-5-2025 10:03 AM
Tak pernah guna Skype now Chat GPT pun belum ada lagi...
Kena ikut trend jugak ni nak kena ada Chat GPT...
Quote farlis 9-5-2025 10:42 AM
Teringat zaman guna skype dulu..
Quote B40tastePosh 9-5-2025 12:04 PM
seri_mawr replied at 9-5-2025 09:59 AM
teknologi berubah....selari dgn peredaran zaman...sikit hari lagi tak tahu apa yg ganti2..

Lepas ni whatsapp nasib yang sama
Quote Dalcott 9-5-2025 01:29 PM
ak pernah guna skype
Quote Orenn1 9-5-2025 07:26 PM
Aku guna skype sampai ke nafas terakhir dia. Mps ni nak call bank jabatan kjaan semua mcm mana tak tahulah

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050184 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top