CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 maut, 23 cedera dalam nahas bas

7-5-2025 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 378| Komen: 0|Original author: Raline

1.png


Jakarta: Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat, hari ini, menurut pihak berkuasa tempatan.

Polis Sumatera Barat memaklumkan mangsa yang cedera terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita, dan proses pengecaman identiti mangsa masih dijalankan.

Pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian dan membawa mangsa yang cedera ke hospital berdekatan, menurut Pusat Kawalan Operasi Pengurusan Bencana (Pusdalops PB) Bandar Padang Panjang.

"Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan," menurut kenyataan pusat itu, sambil memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Media tempatan melaporkan bas itu dalam perjalanan dari Bukit Tinggi menuju ke Padang apabila didakwa mengalami kegagalan brek ketika cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.045228 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top