CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar perempuan cedera ringan, kaki tersepit di penutup longkang sekolah

7-5-2025 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 79| Komen: 0|Original author: tatod

1000029875.jpg



SOOK: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima cedera ringan selepas kaki kirinya tersepit pada besi penutup longkang di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sook, di sini, petang Selasa (6 Mei).


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.47 petang itu, mangsa yang tinggal di asrama sekolah dipercayai tergelincir ketika ingin membasuh tangan di paip berhampiran sebelum kaki kirinya termasuk dan tersepit di celah besi penutup parit.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Pegawai Bomba Tinggi II Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian balai sebelum menggerakkan sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.


“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 4.49 petang dan mendapati kaki mangsa tersekat pada penutup longkang. Anggota kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan kaki mangsa menggunakan peralatan khas Hydraulic Power Unit.



“Ketika ditemui, mangsa berusia 17 tahun itu dipercayai telah tersepit selama hampir 20 minit dan mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.


Menurut beliau, sebaik saja kaki mangsa selamat dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada ahli keluarga untuk tindakan lanjut.


Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.02 petang selepas pasukan bomba memastikan kawasan tersebut selamat dan tiada risiko bahaya lain. - SABAH MEDIA



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.026740 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top