CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

(UPDATE) Bayi 2 Bulan Parah Di Dera, Ibu Bapa Sudah Ditangkap

7-5-2025 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1921| Komen: 38|Original author: tatod

1000030203.jpg


ALOR GAJAH – Seorang bayi lelaki berusia dua bulan mengalami pendarahan dalam kepala, luka dan lebam disyaki akibat didera ibu dan bapa kandungnya di Sungai Petai, di sini, semalam.


Menurut sumber, kejadian terbongkar selepas mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya yang berusia 22 tahun.


“Wanita terbabit mendakwa bayinya diserang sawan sebelum meninggalkan mangsa di hospital sejak pukul 1 pagi tanpa sebarang pemantauan.


“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Melaka dan pemeriksaan dilakukan mendapati bayi berkenaan mengalami pendarahan lama dan baru di dalam kepala, selain kesan lebam serta luka-luka di badan dan leher,” katanya.


Jelasnya, mangsa kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka.



Mengulas lanjut sumber memberitahu, susulan kesan kecederaan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak hospital kerana mengesyaki mangsa telah didera.


“Ibu dan bapa bayi berkenaan juga berusia 22 tahun kemudian ditahan pada pukul 6.30 petang tadi dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,”ujarnya.


Sementara itu Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes dan penahanan pasangan suami isteri terbabit. – KOSMO! ONLINE.

(UPDATE)

MELAKA – Pasangan suami isteri muda direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki mendera bayi lelaki mereka berusia dua bulan sehingga mangsa parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka.

Perintah reman sehingga 13 Mei itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Ayer Keroh, Haderiah Siri terhadap suspek yang masing-masing berusia 22 tahun bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.15 pagi dengan diiringi anggota polis.

Kosmo! semalam melaporkan pasangan muda itu ditahan sepasukan polis pada pukul 6.30 petang selepas menerima laporan daripada pihak Hospital Melaka memaklumkan seorang bayi lelaki disyaki menjadi mangsa dera.

Terdahulu, mangsa yang berusia dua bulan telah dihantar ke Hospital Alor Gajah pada Isnin lalu oleh suspek wanita iaitu ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Suspek turut memaklumkan kepada pegawai perubatan bahawa bayinya diserang sawan sebelum meninggalkan mangsa di Hospital Melaka sejak pukul 1 pagi tanpa sebarang pemantauan.

Hasil pemeriksaan, mangsa didapati mengalami pendarahan lama dan baru di dalam kepala, selain kesan lebam serta luka-luka di badan dan leher disyaki akibat didera.

Menurut sumber, kecederaan pendarahan dalam kepala yang dialami bayi berkenaan dipercayai disebabkan perbuatan suspek wanita yang telah menghempas mangsa ke lantai bilik air ketika memandikannya.

Tambahnya, hasil soal siasat, suspek lelaki turut mengakui telah menumbuk mangsa gara-gara tidak tahan bayi tersebut kerap menangis. – KOSMO! ONLINE



1000030066.jpg

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 7-5-2025 10:03 AM
benci betul la pg2 baca story mcm ni...
Quote adeqbun 7-5-2025 10:07 AM
kembirikan terus..ko dh kenapa..tu pasal ai sokong sape2 nak child free..mslhnye yg ni biasanya jenis ngesek x reti protection..kalau dh xnak baby lg tu jgn la main pancut je..
Quote prettyuglybabe 7-5-2025 10:19 AM
orang kawin kau pun nak kawin..
orang beranak kau pun nak beranak..
kau ingat kawin beranak ni macam main pondok-pondok?
petang gi main ramai-ramai senja balik rumah masing-masing mandi makan tido..
Quote zehra2 7-5-2025 10:57 AM
apa ler.. sebab tkde hukuman mati  utk parents yg bunuh anak sendiri. tu yg takde keinsafan.
bayi umur 2 bulan.. tau apa je. ko ckp  pun bukan dia faham
Quote Freezies 7-5-2025 12:34 PM
Makbapak haram J..
Iols doakn tohan cabut je la nyawa baby ni..klau hidup pon kesian merana seumur hidup..
Quote BungaKencana 7-5-2025 12:42 PM
dua2 tanam anggur.. stress la tu takde duit tp ank dah lahir.. sudahnye ank jd punching bag..
Quote elnor_81 7-5-2025 12:51 PM
Ni jenis tau nk beranak..tp x reti jaga..
Quote silance 7-5-2025 12:51 PM
Yang macam ni tak mau pula terjun/terjatuh. Tak guna sungguh.
Quote syamzana 7-5-2025 01:34 PM
bby 2 bulan tu reti tido berak minum susu menangis sikit2 tu pun bersebab (lapar&x selesa) yg ko sakit hati sgt knp???
sesuai betul lakibini ni yerr...berganding bahu dera bby. sesia sakit teran branak.
Quote KBW2 7-5-2025 01:38 PM
Astaghfirullahalazim kesian baby ni, baru lahir ujian dah berat. Semoga adalah insan yang boleh jaga dia sebaik-baiknya. Sementelah itu mohon ibu bapaknya mampos dengan cara terkutuk. Itu jelah doa selayaknya buat pendera kanak-kanak.
Quote Dalcott 7-5-2025 01:40 PM
mangkuk ayun jgn beranak le klu tak nak jaga
Quote ifanonline 7-5-2025 01:46 PM
pd lelaki, tolong lah masturbate...kalau kerap melancap, tak jadi insiden2 mcm ni
Quote Jikookie 7-5-2025 02:22 PM
Kejam betul. Kesian baby tu
Quote ayukpingu 7-5-2025 02:43 PM
vaviiiii
Quote Orix 7-5-2025 02:46 PM
stressss betul iols baca.....
Quote justchu 7-5-2025 02:50 PM
sakitnya hati baca
Quote azimodin 7-5-2025 02:51 PM
Benci betol la jenis haramjadah dera anak ni. Aku ni asal tengok baby je rasa hiba, terkenang arwah anak. Masih terasa pegang badan dia sejuk tak bernyawa.
Tolong lah. Kalau x nak anak, jangan beranak.. apa yg susah sangat nak faham.
Quote Dysania@72 7-5-2025 03:09 PM
binatang 2 ekor ni...matilah cepat
Quote Thunderclouds 7-5-2025 03:28 PM
Deme ni tau dak jaga baby la paling senang.

Dulu2 time aku bodo2 lg, tazabar nk tggu ank besar. Dh pandai berdikari. Tak pyh serba serbi kita buat.

Rupanya lg dh besar berakal lg susah nk gembala dr jg baby yg semata2 nk susu, tido & pampers yg bersih.

MakPak mcm ni patot terjun bangunan jah. Tadak sumbangan pd masyarakat kalo idop pn.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.049399 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top