CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia kenakan duti anti-lambakan produk PET dari China dan Indonesia

7-5-2025 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 626| Komen: 3|Original author: tatod

1000030207.png





PETALING JAYA: Malaysia mengenakan duti anti-lambakan terhadap import produk Polyethylene Terephthalate (PET) dari China dan Indonesia selama lima tahun berkuat kuasa hari ini, berikutan harga tersebut lebih rendah daripada harga jualan di negara asal.


Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata,  pengenaan duti anti-lambakan ke atas pengimportan barang dagangan yang didakwa adalah 2.29 peratus hingga 11.74 peratus kepada China dan 37.44 peratus bagi Indonesia.


Katanya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia selama tempoh lima tahun mulai 7 Mei 2025 hingga 6 Mei 2030.


“Pengenaan duti anti-lambakan terhadap import dagangan subjek dari negara-negara tersebut dijangka akan menangani isu amalan perdagangan yang tidak adil,” katanya dalam kenyataan.



MITI berkata, Kerajaan Malaysia telah memulakan penyiasatan duti antilambakan terhadap import produk PET yang berasal atau dieksport dari China dan Indonesia pada 9 Ogos 2024.


“Penyiasatan duti anti-lambakan telah dimulakan selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 (Akta) serta Peraturan Duti Timbal Balas dan AntiLambakan 1994 (Peraturan) berdasarkan petisyen yang difailkan oleh Recron (M) Sdn. Bhd. yang mewakili industri tempatan yang mengeluarkan produk serupa.


“Selaras dengan Seksyen 20 Akta Duti Balas dan Anti-Lambakan 1993, siasatan dijalankan oleh kerajaan bagi menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan yang didakwa,” ujarnya.


Tambahnya, siasatan mendapati bahawa PET diimport ke Malaysia dengan harga yang lebih rendah daripada harga jualan di negara-negara yang didakwa menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia yang mengeluarkan produk yang serupa.- UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 7-5-2025 02:46 PM
Bagus....jangan biarkan industri dan kepandaian warga terjerumus di dalam lembah ketidak adilan...sehingga merugikan sumber daya manusia.

Belajar dari USA
Quote toynme 7-5-2025 03:04 PM
time mcm ni la otak menteri kena function
dah jangan ikut blueprint yang sama je
banyak lagi boleh improve
Quote Skuau 7-5-2025 03:06 PM
bukan barang jer berlambak...orngnya pon berlambak kt Msia ni...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.063841 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top