CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Juga Mangsa” – Suami Heliza Hilmi Dedah Labur RM20.7 Juta

7-5-2025 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1092| Komen: 19|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-07 082104.png


Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menjelaskan dia bukan pengendali skim penipuan pelaburan yang dikaitkan dengan sebuah syarikat.

Memetik Malaysia Gazette, Mahadi berkata dia hanya bertindak sebagai perantara antara pelabur dan syarikat terbabit serta semua urusan pembayaran dibuat terus antara pelabur dan syarikat tanpa melibatkan dirinya.

“Segala urusan pelaburan termasuk pembayaran dan penyerahan dokumen dilakukan secara langsung antara pelabur dan syarikat. Saya tidak pernah memegang wang pelabur atau terlibat dalam urusan kewangan mereka.

“Saya bukan pengasas bukan pemilik syarikat dan bukan orang yang mengumpul duit. Saya hanyalah perantara jambatan yang menyambungkan pelabur kepada syarikat yang saya sendiri percaya pada waktu itu,” katanya.

Sementara itu, suami kepada Heliza Hilmi itu berkata dia sendiri telah melabur lebih RM20.7 juta dalam dua entiti yang berkaitan antara tahun 2021 hingga 2023, hasil keyakinan terhadap dokumentasi dan struktur syarikat berkenaan.

“Kami diberi taklimat oleh pihak syarikat, lengkap dengan surat perjanjian, pengesahan penasihat syariah dan semua dokumen yang nampak teratur. Kalau tidak, saya sendiri tidak akan berani melabur sebanyak itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mahadi mengakui rasa bersalah kerana memperkenalkan skim tersebut kepada ramai individu termasuk rakan dan kenalan rapat yang turut menjadi mangsa.

“Saya rasa sangat bersalah. Ramai kenal saya dan percaya kepada saya. Saya pula percaya kepada syarikat itu tapi akhirnya saya pun terkena,” katanya.

Menurut Mahadi lagi, di telah membuat laporan polis dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan.

“Saya jaga nama saya selama ini. Hari ini saya dikecam, dihukum di media sosial. Tapi saya tidak akan lari. Saya akan terus beri kerjasama dan bantu pelabur dapatkan keadilan,” katanya.

SUMBER: Malaysia Gazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-5-2025 10:46 AM
mangsa apa babi? scammer tu sah2 adik kandung kau, company yang sama.... apa ke sial eh
Quote KamikuP 7-5-2025 11:21 AM
Jujur meolls bagitau ye, dulu company meolls wajibkan staff pegi seminar Dr Lawrence Walter Ng (sapa yg kenai tahu ler).. Si janggut rebonding ni ada sama tapi dia tak bagi talk cuma dia ada kat meja belakang bukak booth jual buku macam mana nak berjaya dan jadi kaya macam dia sbb kebanyakan buku2 tu buku dia yg tulis (kononnyalah.. haha)
Meolls mcm perasan macm pernah tengok mamt ni, ingat2 balik dia pernah keluar kat satu majalah ni tunjuk rumah dia.. tapi yaa ampon yaa taste very the kelly.ng.. ada ke dapur kaler merah... hahahahha...choiii sgt kau nyahh.. ekekeke
Quote sleepandream 7-5-2025 12:19 PM
prince_marhaen replied at 7-5-2025 10:46 AM
mangsa apa babi? scammer tu sah2 adik kandung kau, company yang sama.... apa ke sial eh

laaaa adik dia ke? hahhaahha... nape media tak petik terus adik dia tlibat sama...
bykla perantara.... sah2 collect komisyen jugak tu...
Quote arnauld 7-5-2025 12:40 PM
They took calculared risk, collected 100+ mil penalty not even hundred krm. Scammer ni
Quote Purplehaz 7-5-2025 01:09 PM
Ayat cliche scammer aka ejen pelaburan. " Saya pun rugi, sy pun ditipu, saya pun ini..sy itu..sama mcm tuan tuan semua..."
Padahal ..x kiralah ko hanya jambatan ker titi ker..highway ker, semuanya ada benefit tersembunyi kan??
Quote Purplehaz 7-5-2025 01:12 PM
Hati hatilah kalau nk melabur walau ada prove pelabur utama dan geng2 nya dh untung byk...padahal si scammer ni tunggu Mase jer nak ngap
Quote ayukpingu 7-5-2025 01:18 PM
ada thread after dia baru2 kahwin pasal dia ni mmg scammer.sebab dia kawan dgn apek scammer..lupa nama. MO dia buka kompeni pelaburan, tak lama lepas tu declare muflis dan sebagainya. sebijik mcm dia tengah buat sekarang ni. lagi nak caye?
Quote L.U.S.M 7-5-2025 02:10 PM
KamikuP: Jujur meolls bagitau ye, dulu  ...


Kelly to the max..dgn wardrobe mcm clown bergerak..janggut dh mcm dawai kejung mmg xhensem lgsg..ank mak plak tu...sumpah geli dgn mamat muka perv ni..
Quote supernaturalee 7-5-2025 02:12 PM
kali ke berapa dah die ni dikaitkan dgn isu scammer
lps isu ni reda sok
caye lah die akn operasi balik dgn differnet name
itu jam akan ada mangsa lain plk
lps tu buat PC
play victim siap panggil mangsa kekonon die pun sama2 mcm kau jgk, mangsa

the cycle duk ulanag2 smpi ajm

Quote prince_marhaen 7-5-2025 02:33 PM
sleepandream replied at 7-5-2025 12:19 PM
laaaa adik dia ke? hahhaahha... nape media tak petik terus adik dia tlibat sama...
bykla perantar ...

ye, CEO & all board members company scammer tu depa adik beradik, kekonon macam modus-op si tokey itik vivi tu, sendiri open order, sendiri supplier... balik modal balik untung pusing2 around them gitu... cerita mudah, dia acah2 invest juta2, so that he gain trust other people to invest jugak.... si kelly ni memang kaki belit... sepadan la kawin ngan Lijah mata buntang tu...scammer kerja amal.. kekonon pergi berjuang bagai.. nangis2 pakai baju mangsa perang, hujung2 melawat kem thousands of KM daripada negara perang...kem pelarian orang2 kaya pengecut fly keluar country... pergi pun dibayar, ditanggung, bukan kerja amal sangat pun. Dulu2 ada forumer dah spill si Lijah tu pun mintak duit bayar kalau nak share2 posting pasal kerja-kerja amal kebajikan ""talk to my manager berapa payment'"...gittewww ayat dia...manager dia hujung2 adik dia yang acah2 jugak tu.. hahahahahaha.. semua ni penunggang babi..


Quote dedek12 7-5-2025 02:42 PM
Putar belit dia mangsa pulakk. Dasar scammer
Quote cmf_PariS 7-5-2025 02:55 PM
kenapa polis tk angkut dia ek? kenapa masih duduk luar bg statement2 bagai.. angkut le? titi ke silatur ke apa ke.. ko punca juga setan
Quote Tiggybiru 7-5-2025 04:45 PM
Niceee ada semut berapi ganti pseudoscience watch
Hahah kena buat acc fb balik la ni
Quote sofi_sofia 7-5-2025 06:35 PM
Kasihanilah saya … sy juga adalah mangsa … sy melabur dlm company sy sendiri … namun sy telah ditipu oleh diri sy sendiri!  
Quote Joysparta 7-5-2025 07:08 PM
Mcmana la heliza ni hadap muka laki dia yg berjanggut rebonding ni ya.

Masa senggama..aduh ...terbayang sampai situ pulak choiii
Quote Dalcott 7-5-2025 07:22 PM
check la
Quote VirginLady 7-5-2025 07:31 PM
1000301692.jpg
Quote VirginLady 7-5-2025 07:35 PM
1000301693.jpg
Quote belilies 7-5-2025 09:47 PM
Janggut segala face hair tu kalu cukur mesti hesmes heols ni. Ni tak! Dah macam hantu cina ghopernye. Gelis. Mana taknya org mudah je fikir scammer

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.044997 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top